BREAKING NEWS

HOT!! Budak 19 tahun dapat PROJEK juta-juta dari Guan Eng..


Ni kalau jadi masa zaman UMNO, mampus puak-puak Pakatan meroyan menyalak tak ingat dunia.. Tapi disebabkan jadi dibawah pemerintahan Khalifah Guan Eng, semuanya HALAL macam kata penganut-penganut melayu bangang Pakatan...

Tengoklah sendiri.., mula-mula didedahkan bahawa Kerajaan negeri Guan Eng bagi projek kat budak kontraktor 19 tahun, tapi bila banyak pihak bising.., rupanya budak tu hanya pengurus projek saja... Syarikat tu sebenarnya adalah emak dia yang punya daa.....

Ni didedahkan sendiri oleh bapa budak tu yang mengaku anak dia tak bersalah sebab syarikat yang dapat projek adalah milik bini dia.. Dan yang bestnya.., bapa budak tu pun adalah kontraktor di negeri Guan Eng..

Semua ni mendedahkan bahawa kontraktor yang dapat projek dibawah kelolaan kerajaan negeri Guan Eng semuanya terdiri dari KRONI dorang saja.. Habis anak beranak sapu projek.. Untung woooo....


Seorang kontraktor pada Selasa menafikan dakwaan kononnya anak beliau yang baru berusia 19 tahun mendapat projek bernilai RM1 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina sebuah sekolah agama di sini.

Abdul Wahab Abdullah berkata, sebaliknya anak lelaki beliau itu, Nursufi, hanyalah seorang pengurus projek pembinaan sekolah agama dua tingkat di Batu Maung itu.

Malah katanya, projek itu tidak sampai pun RM1 juta sebagaimana yang digembar-gemburkan sebaliknya hanya bernilai RM500,000 sahaja.

"Projek itu diperoleh oleh Syarikat Syamir dan ia adalah syarikat isteri saya, Rozidah Omar. Projek ini bukan bernilai RM1 juta seperti yang dilaporkan dalam akhbar sebaliknya hanya bernilai kira-kira RM500,000 sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, projek berkenaan telah siap akhir tahun lepas.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pelajar sebuah kolej, Nursufi Abdul Wahab yang baru berumur 19 tahun, berjaya memperoleh projek bernilai RM1 juta daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Tan dilaporkan mempertikai ketelusan kerajaan negeri dalam pengagihan projek di negeri itu dan mendakwa hanya 0.2 peratus projek diberikan kepada bukan Bumiputera sejak 2008.

Abdul Wahab berkata, beliau dan isteri sedang memberi pendedahan kepada Nursufi dalam bidang perniagaan.

"Dia sedang belajar di Kolej Damansara Utama dalam jurusan perniagaan. Projek itu untuk dia belajar serba sedikit dalam bidang itu," katanya.

Abdul Wahab menambah, anaknya itu tidak mempunyai sebarang lesen kontraktor Kelas D seperti yang dilaporkan. - BERNAMA

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online