BREAKING NEWS

Hoi JASA !!! Mana gaji gua tahun ni ???


Aisehh...., baru hari ni gua tahu yang gua dan bloggger-blogger pro kerajaan lain dapat gaji dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)..

Nasib baiklah si kambeng Hata Wahariap tu bagitau.., kalau tak sumpah gua tak tau..

Dan kalau namanya dapat gaji.., kenapa pulak selama ni gua tak pernah merasa satu sen pun gaji dari JASA? Hoiii..., mana duit gaji gua hah..?

Bukan setakat bulan ni punya gaji.., tahun ni, tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya pun dorang tak bayar gaji gua..

Hoi JASA !!! Lu semua jangan ngelat nak makan duit gaji gua.. Hata Wahaparia tu ada bukti gua dan blogger lain kerja dengan JASA tauu... Siap ada bukti video 22 minit lagi tuu..

So.., gua bagi amaran yang separuh akhir.. Kalau JASA tak bagi gaji gua untuk tahun ni, gua akan suruh Hata kambeng tu dedahkan bukti surat watikah semua blogger pro kerajaan..

Serius ni beb.., Hata Wahabi tu memang ada bukti penglibatan blogger dalam kancah politik JASA.. Kalau tak, mana dia berani cakap kannn...? Hahahahaharammm....!!



Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.

2 ulasan :

  1. SAUDARA MPP,

    GAJI BULANAN SAUDARA DITAHAN REMAN SEHINGGA PENYIASATAN LANJUT DILAKUKAN.

    BEGITU JUGA DENGAN GAJI BAGI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA, PIHAK JASA TERPAKSA MENGAMBIL LANGKAH TEGAS MENYEKAT DARI DIBERI TERUS KEPADA SAUDARA.

    KESALAHAN UTAMA SAUDARA KERANA TIDAK PANDAI DAN TIDAK TAHU MEMBODEK KAMI, JASA.


    YANG MENJALANKAN TUGAS

    b/p JASA; Melayu Atas Pagar


    KUANG, KUANG, KUANG! ... GUA PUN NAK TUNTUT LA MPP! ... DAPUR PUN NAK JUGAK BERASAP! . hehehe ...

    BalasPadam
  2. ada peluang utk saman kaw kaw oleh jasa ni...
    tunggu apa lagi?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online