BREAKING NEWS

Hasan Ali buktikan dakwaan untuk jadikan Kristian agama rasmi negara BERASAS....


p/s: Dulu bila heboh satu negara pasal dakwaan satu pihak tentang usaha DAP menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, ramai yang tak percaya...

Sekarang ni tengoklah sendiri apa yang berlaku di Selangor bila diperintah oleh Pakatan DAP dan PKR... Melayu masih nak tutup mata lagi ke?

Nasib baik juga ada Hasan Ali.. Mana perginya Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru Dr Rani dan juga Timbalannya Khalid Samad? Mana perginya Pemuda PAS Selangor yang wala' kepada Anwar?

Dah terbukti pentadbiran Pakatan hanya akan buka ruang yang lebih besar untuk pihak kafir jatuhkan Islam. Macam ni pun PAS still lagi nak bersekongkol dengan puak-puak Pakatan ke?



Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam tadi kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan media.


Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
Larikan diri

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.


Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.


6 ulasan :

  1. Kafir dah mula acah acah dan test market kesabaran kerajaan

    Hishamudin mulut makin lebar tapi buah mengecut

    BalasPadam
  2. tunggu la pulak dua tiga hari lagi, dr hasan pun spin cerita lepas kena sound dengan dap. last sekali, kakitangan jais dan polis yang salah pasal ikut undang-undang dan peraturan yang boleh menggugat keutuhan kerajaan negeri. penganut pas pula akan terus mempertahankan pimpinan pr dengan 0.01% kebenaran. 99.99% kebenaran akan menjadi satu fitnah terhadap pr. semua saksi yang berada di sana tak boleh pakai kerana difasikkan, sebabnya cukup 4 saksi.

    BalasPadam
  3. apa nk salahkan Hishamuddin pulak? Bab² akidah ni adalah tanggungjawab smua org Islam, xkira apa jua fhaman politik!

    BalasPadam
  4. dlm bab2 akidah ni, baru sibuk nak 1malaysia.
    dlm bab pendidikan, ekonomi, hartanah..takdenya nak ambil 1malaysia.
    umat melayu islam negara ni jgnlah jadi bodoh. beringatlah!!!

    BalasPadam
  5. Bab akidah..semuanya urusan sesama kita seISLAM...namun begitu Hishamuddin harus peka sebagai Menteri Dalam Negeri...jgn cakap jer berdegar degar...tapi HAMPEH...baru gertak sikit...kecut...cer ikut stail anak singa umno.....Syed Hamid Albar.....keras dan mantap macam Almarhum ayahandanya.....baru respek......Hishamuddin banyak buat lawak jer lebih....zdk@rgs

    BalasPadam
  6. betul la,awat hisyamudin ni penakut sangat... kalau kerajaan terlalu penakut pun rakyat takkan sokong gak arr..Tengok TUN M dulu sikit punya tegas ,tapi kekal gak sbagai perdana menteri samapi bersara punn..ini takut dengan "apa org kata"...adehhh terasa macam nak maki hamun je aku...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online