BREAKING NEWS

Bulan puasa pun Nik Aziz nak maki orang...


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai “sampah”.

“Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung Zahrain mencabar beliau supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh mengenai isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sebuah akhbar tempatan hari ini yang membawa tajuk “Zahrain cabar Nik Aziz” di muka depan memetik Zahrain sebagai berkata, tidak cukup bagi Nik Aziz menafikan pembabitannya dengan rancangan itu hanya menerusi Facebook.

Antara lain, Zahrain turut berkata, “saya cabar Nik Aziz buat kenyataan terbuka menafikan beliau ada berjumpa Tengku Razaleigh berbincang mengenai perkara itu.

“Nik Aziz jangan cuba berselindung di sebalik nota ditulis oleh orang lain dalam Facebook kerana kenyataannya sentiasa berubah,” kata Zahrain.

Dalam perkembangan yang lain, Nik Aziz menafikan laporan sebuah portal berita, www.kelatekito. menyebut bahawa keadaan kesihatannya semakin serius di mana beliau dikatakan disahkan menghidap sejenis barah tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

“Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul…mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat.

“Cuma dalam rawatan saya terbaru di hospital tiga bulan sekali, saya tanya doktor di musim durian begini kolesterol saya tak tinggi, saya pun pelik,” kata Nik Aziz.



p/s: Harap serban je besar atas kepala.., tapi mulut serupa puaka.. Itu lah yang boleh gua kata pada Nik Aziz..

Manusia macam ni yang puak-puak gerombolan PAS puja sangat sebagai ulamak pewaris Nabi? Orang tua Nik Aziz tu bukan kata taraf ulamak.., taraf tok siak masjid pun tak lepas..

Bila lah agaknya orang tua tu nak bertaubat? Penyakit jantung dia tu dah makin kronik.. Asyik nak jual agama demi politik jee...takut2 tak sempat buat amal sebelum mati nanti..

2 ulasan :

  1. Apa nak heran dengan wali terompah tandas ni bro..esok lusa kalau dia nak mati kalau tak tahu nak mengucap pun aku tak heran..balasan dia atas jasa dia menjahanmkan perpaduan ummah di m'sia ni..

    BalasPadam
  2. sapa kata dia ni alim ulama, tak de ciri langsung ! semakin hari nampaknya semakin semak

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online