BREAKING NEWS

TERKINI!!! Tun Mahathir BIDAS tindakan kerajaan BN terhadap BERSIH?


*Untuk makluman korang.., artikel ni adalah dari Free Malaysia Today yang dikuasai oleh Raja Petra dan Singapork.. So gua nasihatkan.., baca boleh.., percaya tu 50/50 saja yee...


Tindakan keras yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil) boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menambah bahawa pengundi mungkin berpaling menentang Barisan Nasional jika mereka merasakan bahawa kerajaan sedang mencabul hak-hak mereka.

"Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Tetapi ada beberapa orang yang berfikir bahawa kerajaan terlalu lembut ... contohnya, (ada yang bertanya) "Mengapa mereka harus membenarkan demonstrasi di dalam dewan?"

Mahathir bagaimanapun, mengelak sama ada kerajaan telah keterlaluan dalam tindakan keras ke atas Bersih, sambil berkata "itu sekadar pendapat".

"Saya fikir kerajaan berpendapat mereka perlu mengambil tindakan keras, sesetengah orang berfikir kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan keras. Malah di dalam kerajaan, terdapat beberapa (orang) yang setuju, dan ada beberapa (orang) yang tidak; ini adalah perkara biasa," katanya.

Untuk demonstrasi, Mahathir berkata bahawa mereka hanya boleh dibenarkan jika sudah tidak mempunyai jalan lain.

"Jika anda mahu berdemonstrasi, lakukan apabila sudah tiada cara lain untuk menyuarakan pandangan," katanya, sambil menambah bahawa tuntutan pilihan raya Bersih dapat diselesaikan dengan cara yang lain.

Beliau juga berkata demonstrasi adalah hak kebebasan yang dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi.

Walau bagaimanapun, dengan melihat Mesir sebagai contoh, beliau memberi amaran bahawa perhimpunan yang berterusan mungkin mempunyai kesan yang menjejaskan sesebuah negara.

"Anda perlu berhati-hati setiap kali anda melakukan perkara ini. Saya baru pulang dari Mesir ... mereka melakukan demonstrasi besar untuk menumbangkan kerajaan. Tetapi selepas itu, mereka masih melakukan demonstrasi," katanya.

Mahathir menambah bahawa sebagai kesan daripada demonstrasi yang berterusan di sana, negara itu telah mengalami kemerosotan ekonomi.

Beliau juga berkata bahawa dia mengetatkan kawalan demonstrasi dari kedua-dua belah pihak politik ketika beliau berkuasa.

"Pada tahun 1986, apabila Umno mahu menunjukkan kekuatan, mereka mahu membawa masuk 500,000 orang ke Kuala Lumpur. Kami menghalangnya. Bukan sahaja kepada pembangkang, kita juga menghalang walaupun dari pihak kerajaan," katanya.

Bagaimanapun beliau mengelak apabila merujuk kepada komen pedas anak perempuannya Marina Mahathir terhadap penghapusan Bersih.

"Saya tidak selalunya bersetuju dengan anak perempuan saya, tetapi itu adalah haknya. Saya memberikan kebebasan demokrasi. Saya tidak ada pendapat (mengenai dirinya)," katanya sambil ketawa. - FMT

3 ulasan :

  1. Salam bro, nak tanya sikit malaysianinsider tu penjilat singapork & juburi juga ke?

    BalasPadam
  2. @pemerhati.. Mungkin ya dan mungkin tidak... Hahahaha.. (Satu jawapan playsafe dari gua..)

    BalasPadam
  3. Correction: Pada mulanya FMT melibatkan Zaid Ibrahim dan Soh Chee Wen. Baru-baru ini, Raja Petra menggelarkan FMT sebagai SUara Tian Chua.

    MI adalah Kalimullah dan Khairy

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online