BREAKING NEWS

Tuan Ibrahim yang BODOH !!


Umno-Barisan Nasional(BN) diingatkan supaya tidak lagi memperbodohkan rakyat hari ini dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir serta mendapatkan maklumat biarpun ia cuba disembunyikan pentadbiran Umno-BN.

"Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya dipetik Harakahdaily.

Justeri itu, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman kebangkitan rakyat dan menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini.

Katanya, ia termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu oleh Felda selama bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka.

Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain.

Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

Namun apa yang menyedihkan kata Tuan Ibrahim, kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang.

"Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.

"Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka.



p/s: Siapa yang memperbodohkan rakyat sebenarnya Pak Berahim oiiii ? Kerajaan BN ke atau pemimpin-pemimpin Pakatan laknatullah?

Anwar dengan 16 September dan video seks China Doll.., Nik Aziz dengan masalah air dan ladang rakyat di Kelantan..., Guan Eng dengan masalah Tanah Wakaf dan pengusiran peniaga kecil melayu..

So..., sapa yang ingat rakyat bodoh? Kita tunggu PRU13 nanti yee...

6 ulasan :

  1. puak pas semuanya bodoh.bodoh sombong..mat sabu tu contoh terbaik..menipu lepas tu kantoi..dah kantoi nak pusing lagi cerita..dah nampak kebodohan pemimpin pas.

    BalasPadam
  2. Tolong cakap pd Tuan Bodoh ni, suruh dia pegi Jengka dan buat announcement supaya mana2 peneroka yg merasa tertipu dgn felda supaya keluar dari felda, balik kampung asal. Apa jenis ustaz yg bodoh sngat nih...

    BalasPadam
  3. bro,,jganlah mcm ni,,tuan man ni pak sedara aku,,ko tak kenal dia,,dia n hebat jgak orgnya,,hbungan dgan Allah dia jga,,kita ni ap la sgt,,,smyg jemaah pon xpenuh,,,klau rsa dia slh xpyahla ktuk mgutuk,,,try la kau pergi rumah dia,,kenal dgn dia,,,tgok perlakuan dia sharian,,,ak YAKin ko mesti myesal bro,,,igt kita ni hamba Allah

    BalasPadam
  4. hahaha....kata dulang paku serpih..kata orang...pas yg lebiey ! apaaa punya ketayap daaa...ishhh ishh

    BalasPadam
  5. Untuk perhatian Tuan Man semak kembali kes demo kepala lembu. Oleh kerana ia berlaku di Selangor maka yang dituduh adalah UMNO. Kenapa pemimpin PAS percaya bulat2 kepada Khalid Samad tanpa buat kajian kenapa penduduk membantah?. Khalid Samad yang wajar dipersalahkan bukannya penduduk. Beliau batalkan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 22 yang sudah diluluskan pemimpin BN pada Dis 2007. Bila dibatalkan mereka gantung bendera PAS dan PKR pada April 2008, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Usaha bertahun2 penduduk minta kuil haram itu pindah seperti dijanjikan PKNS menjadi sia2. Pada Julai 2008-Dis 2008 gangguan bising menjadi2, gelagat mereka mengancam penduduk sekitar. Aduan penduduk kepada pihak berkuasa tidak ada tindakan serius. Penduduk minta bantuan NGO Islam pada Jan 2009. Tapi NGO dituduh gerombolan UMNO datang buat provokasi kpd kuil Hindu. Beberapa artikel ditulis Khalid Samad pada Jan 2009 dan Ogos 2009 menyalahkan NGO yang membantu penduduk Islam. Kenapa pemimpin PAS menyokong pengunjung kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam?. Penduduk Sek 23 bantah bila kuil yang bermasalah itu hendak dipindahkan ke kawasan mereka pula. Pengunjung kuil yang menceroboh tanah PKNS dapat hadiah tapak baru satu ekar berhampiran surau dan padang permainan kanak2 di Sek 23. Penduduk protes bawa kepala lembu ke SUK. Harakah siar gambar kepala lembu tuduh UMNO jadi dalang kepala lembu. Beberapa pemimpin PAS buat lapuran Polis konon hina agama Hindu. Logikkah tuduhan itu??? Pada 26/7/2008 pihak kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar 3 kuda terbang pada jam 1 pagi depan rumah penduduk Islam Sek 19. Kenapa tidak ada tindakan oleh pemimpin Islam PR? Gangguan kuil bertambah serius hingga Dis 2008. Penduduk terpaksa minta bantuan NGO. Kenapa pemimpin PR bersikap double standard? Blog YB Khalid Samad disokong bukan Islam kerana isu di Seksyen 19 dan Sek 23. Pada Sept 2009 kerajaan Selangor keluar risalah Memahami Isu pemindahan Kuil dari Sek 19 ke Sek 23. Sekali lagi penduduk Islam, NGO dan UMNO yang dipersalahkan. Pengujung kuil Hindu pula mendapat simpati pemimpin PR. Sebuah filem dokumentari bertajuk Tauke Mancis dan Minyak Tumpah pada Okt 2010 ditayang di PKNS menunjukkan betapa ekstrimnya penduduk Islam menentang kuil Hindu. Persoalanya kenapa pemimpin PR tidak sedar masalah berlaku kerana salah mereka sendiri? Sikap pemimpin Islam PR ego dan terlalu menjaga hati bangsa lain. Yang jadi mangsa adalah penduduk Islam. Semoga masalah penduduk Islam diberi perhatian oleh pemimpin Islam PAS. Jangan terlalu menyalahkan pihak lain yang sebangsa. Kita tidak mahu pemimpin Islam yang bersikap hipokrit.

    BalasPadam
  6. TUAN MAN TAK USAH BERLAGAK MENJADI HERO ISLAM YANG BERJUANG UNTUK AGAMA DAN BANGSA.....SESUNGGUHNYA TUAN MAN TAK LAYAK UNTUK BERBICARA DAN MEMIKIRKAN PERKARA ITU...TUAN MAN TIADA UPAYA SAMADA DARI SEGI FIZIKAL MAHU PUN MENTAL.....PEMIKIRAN TUAN MAN TERLALU LEMAH DAN BEBAL....MENGELUARKAN PENDAPAT BERDASARKAN PERSEPSI TANPA MELAKUKAN KAJIAN ILMIAH, TUAN MAN BERCAKAP MENGIKUT KATA HATI YANG SAKIT, TUAN MAN BERCAKAP BERDASARKAN KEMARAHAN DAN KEBENCIAN YANG MERUAP-RUAP LAKSANA API..TIADA SAKINAH,TIADA ROH DARI SETIAP PENGUCAPAN TUAN MAN, TIADA GETAR YANG MAMPU MENGUATKAN UMMAH.....TUAN MAN BRCAKAP HANYA MENGIKUT ORANG BERCAKAP,MENGIKUT APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PEMIMPIN PAS YANG LAIN.....DEMI MENCARI PUBLISITI MURAH TUAN MAN BERCAKAP MESKIPUN IANYA ADALAH SIA-SIA DAN PENUH PEMBOHONGAN......INIKAH PENGUCAPAN SEORANG PEMIMPIN ISLAM,KATA-KATA PENUH DUSTA DAN KEBENCIAN.......DARIPADA MENCIPTA DOSA KERING LEBIH BAIK TUAN MAN DUDUK DIAM DAN BERZIKIR ITU LEBIH BAIK...........AMIN

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online