BREAKING NEWS

Pemuda PAS syok sendiri di belakang DAP...


Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bagi menyokong tindakan kerajaan negeri itu berhubung larangan hiburan di bulan Ramadhan.

Penyerahan dibuat Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar yang juga ahli parlimen Jerai dan diterima Setiusaha Akhbar menteri besar Kedah, Mohd Helmi Khalid di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman di sini.

Turut serta pada penyerahan itu Adun Bukit Lada Ahmad Izzat bin Shauki dan Ahli Parlimen PKR Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

Kandungan memorandum itu antara lain memuji tindakan kerajaan negeri Kedah yang disifatkan sebagai "langkah bijak" dalam usaha mengekang umat Islam melakukan maksiat lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan.

"Rakyat negeri Kedah akan lebih terdidik dengan program Ihya’ Ramadhan sambil ruang-ruang mungkar ditutup.

"Dengan suasana yang ada sekarang ini yang lebih membawa kearah gejala sosial, negeri Kedah menggunakan undang-undang sediakan ada bagi membendung kegiatan yang menjurus kearah maksiat.

"Sememangnya tindakan kerajaan negeri Kedah amat bertepatan dengan waktunya walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak namun sikap tegas yang ditunjukkan oleh YAB Dato’ Seri (Ustaz Azizan) amat kami hargai," kata Firdaus.



p/s: Nak serah memo apanya lagiii? Kalau DAP dah kata tak boleh.., terima je lahhh... Bukan ke PAS Kedah tu dibawah naungan kuasa DAP? Bukan ke Azizan Razak tu telornya digengam oleh Karpal Singh?

Jadi apa lagi Pemuda PAS nak bising? Setakat syok sendiri sambil angkat bakul buat apa? Kata nak perjuangkan Islam dan sanggup berjihad kerana agama.., so cuba try jihad dengan kafir DAP tengok..

Amacam Nasrudin Tantawi? Ada berani tak? Hahahahaha....

1 ulasan :

  1. MB Selangor pula dah bagi lampu hijau kepada "pusat Maksiat" selangor untuk beroperasi 24/7 sepanjang bulan Ramadhan...Dewan Pemuda PAS tak nak hantar memorendum ke ke Kerajaan Selangor dan MBnya?

    Consistency perlu!untuk menyatakan pendirian. Bukan lain padang lain belalang...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online