BREAKING NEWS

Polis kepung Dewan MPBJ untuk halang ceramah BERSIH.


Pasukan PDRM terus giat menghalang usaha hasutan menghuru harakan negara apabila melakukan serbuan terhadap setiap program aktivis Bersih. Polis bertindak pantas apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.

Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.


Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.

Polis bertindak menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut walaupun dia bertegas tentang haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.



Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram.

Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit. Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online