BREAKING NEWS

PANAS!!! Jawapan Ustaz Zamri mengenai isu gambarnya..


Gua sebenarnya harap selebriti Media Prima, Ustaz Zamri tu menjelaskan yang dia tak ikut berdemonstrasi di perhimpunan haram BERSIH.. Gua harap dia kata cuma lalu je kat kawasan tu dan tak berniat untuk buat tunjuk perasaan..

Tapi apa nak dikata, Ustaz Zamri ni lebih bangga mengaku dia tu pro pembangkang walaupun dia kerja makan gaji dengan pihak yang pro kerajaan.

Gua agak terkejut bila seorang yang dikurniakan dengan ilmu Tuhan macam Ustaz Zamri ni kata yang demonstrasi tu HUKUMNYA HARUS..

Apa yang gua tau.., tunjuk perasaan atau demonstrasi tu adalah perbuatan yang bertentangan dengan syariat Allah. Ia pada hakikatnya telah dipelopori oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ustaz Zamri kena sedar.., timbulnya semangat dan bahang untuk berdemontrasi mesti kerana ada pencetus yang menghasut dibelakangnya

Walaupun demonstrasi tu ada pihak yang anggap sebagai ungkapan hati nurani rakyat yang terjadi di semua negara termasuk negara Islam, namun gua yakin ia tidak dapat diterima oleh hati nurani yang sihat dan beriman.

Kerana pada kebiasaanya, demonstrasi didalangi oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk mencapai rancangan atau konspirasi mereka sahaja. So apa bezanya dengan demonstrasi BERSIH?

Cuba kita tengok, demonstrasi yang Ustaz Zamri join hari tu telah dipertahankan dan didukung bermati-matian sehingga dianggap sebagai jihad oleh mereka yang jahil terhadap syariat dan agamanya sendiri.

Baguskah demonstrasi yang macam tu? Bukankah ia hanya bawa kepada keburukan semata-mata?

Para imam dan ulama kurun terawal telah mengharamkan perbuatan demonstrasi yang terkutuk ni kerana ia menganggu ketenteraman awam.

Malah perbuatan tunjuk perasaan tu secara tak langsung mencemarkan nama dan dakwah Islam yang sewajarnya dijalankan dengan hikmah.

Oleh itu, bagi gua demonstrasi adalah merupakan suatu bida'ah yang sesat yang wajib dijauhi oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan kesucian agama Islam.

Ustaz Zamri kononnya nak nasihat orang yang tegur dia join perhimpunan haram BERSIH supaya lebih berakhlak dan tak menunjukkan kebodohan sendiri..

Sekarang ni gua nak tanya Ustaz Zamri, siapa yang tak berakhlak menyokong agenda sulit kafir harbi dan siapa pulak yang menunjukkan kebodohan dengan menyertai perhimpunan yang sah-sah haram?

Allah swt telah berfirman yang bermaksud....

“Nescaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.” (Surah al-Maidah, 5: 82)

Lu pikir lah sendiri beb!!

14 ulasan :

  1. siapa dia nak mengatakan perkara ini harus ? sekiranya pemerintah melarang, maka dia jadi haram ! dia hanya seorang ustaz bukan tahap ulama yang boleh mengeluarkan fatwa.

    BalasPadam
  2. ini ustaz apa ni...demo buat orang awam susah...?bodoh punya ustaz...

    BalasPadam
  3. Habis budak budak jadi konfius tgk ostat Mantop ni..protes di jalanan !! ingatkan nak jadikan dia Roll model..jadi stemroll pulak...konpius konpius....mantop apa ke jadah.

    BalasPadam
  4. Inilah antara manusia2 yg secara amnya membawa pelbagai gejala yg x brape ng baik utk masyarakat...lagipun dlm rancangan kendalian beliau sendiri bukannye excellent mane dlm membimbing anak muda...ramai lagi ustaz yg lebih baik akhlaknye dr si mamat nie yg dok melalak kt tengah jalan...inikah contoh teladan yg terbaik????pada TV9 stakeholder..ingatlah kamu sekelian...klu masih ade lagik golongan sebegini dlm krew kalian..ingat2lah...dan bayangkan bagaimana beliau akan menuruti perintah semua stakeholder sedangkan beliau sendiri adalah duri dlm daging dlm perlaksanaan dn perancangan jangka panjang TV9.Klu dh berdemo pun berbangga dengan kedemoaannye...hmmmmmm....cermin2 lah diri tu ustaz oiiii.....klu yg ditentang tu si kafir harbi yg ade nun di utara tuuu masuk akal jugak jatuhnye hukum harus...sbb mereka senantiasa memikirkan cara2 utk menjatuhkan islam dn umahnye..tp klu utk menentang sesama islam yg aktif dan konsisten dlm memajukan umah yg lain...betulkah anda?

    BalasPadam
  5. Saya langsung tidak menghormati orang ini malah saya sangat menyampah. Orang yang tidak tahu bersyukur ini tidak harus bertugas di Media Prima. Saya harap dia disingkirkan SEGERA.

    BalasPadam
  6. tu jawapan nak selamatkan diri tuuuu...........

    wlaupun dah terdedah kefanatikan setat ni pada PAS...

    aku cadangkan dia dihalau dari tv9...

    banyakkk lagi ustaz yg berfikiran waras yg boleh ambil tempat dia...

    ustaz zamri ni bagus kalau ajar penghuni penjara atau hantar di AADK...

    baru dia tau betapa susahnya nak membentuk jasad supaya jadi manusia...

    BalasPadam
  7. Aku boleh labelkan ni ustaz bodo dan harus pi belajar lg. Aku rasa x layak digelar Ustaz. Ngaji tak abis lagi . Memalukan bg jawapan mcm tu. Rating rancang TV9 boleh jatuh disbbkan hos rangcangan terssebut tiada kreabiliti.

    BalasPadam
  8. salam seikhhh...apa kabar tuan?..mcm mane kita bleh yakin dgn pilihanraya yg bersih akan buat hidup kita lebih bahgia?..buat bising bila mencekik x cukup puas kat tembolok ni kelakuan baby2 br lahir n budak2 kecik yg comel2 tu,sebab budak2 belum tau "SIAPA" yg bg dia makan,dia marah2 kat mak dia,dia salahkan mak dia...bila dh besar cekgu dia kata Allah taala yg bg makan kat semua makhluk trmasuk dia,start 2 dia pun dh x bising2 mcm mase dia baby2 dulu..mari la kita sama2 doa supaya kita semua cepat "dewasa" tuan...(kerisauan hal makan pun bukanla kerisauan yg haq tuan,risau yg haq adalah risaukan iman..betapa belapis2nya salah kita kalo xda hidayah allah taala)salam seikhh walahuaklam..

    BalasPadam
  9. sah ustaz ini membawa ajaran songsang lagi menyesatkan. ada nabi aja demo ke kalau tak setuju dengan sesuatu tu?

    BalasPadam
  10. Maksud berhipun secara aman dalam perlembagaan itu antaranya ialah:-
    [1] solat jumaat
    [2] solat berjamaah
    [3] perhimpunan di kuil/tokong/gereja
    [4] berhimpun di rumah mayat/jenazah/ruah kenduri/perhimpun bulanan/mingguan/berhimpun dengar orang jual ubat....semuanya ini tak perlu permit polis dan tak salah kerana tidak ada sebarang provokasi dan tidak menyusahkan sesiapa pun..
    Manakala hak kebebasan bersuara ialah : khutbah jumaat, khutbah di gereja, tazkirah. ceramah agama tidak perlukan permit polis....jadi nampaknya ustaz ni masih perlu belajar lagi....kana faham yang mana mungkar yang mana batil dan yang mana maaruf...cuba kita tengok , kalau demo bershit 2.0 ini tak diambil tahu oleh Polis, apa akan jadi pada negara ini...cuba bayangkan....rasionallah sikit....

    BalasPadam
  11. Jahilnya hampa ni..Nauzubillahiminzalik

    BalasPadam
  12. sape yg jahil sebenarnya?
    kena faham la. ustaz tu sebagai role model, kena berpaksilah pada undang2. apatah lagi berpendidikan agama. sudah tentu dia tahu di mana silap dan salahnya berhimpun.. walaupun dia yakin itu hak dia, tapi takkan seorang ustaz sanggup pula melanggar hak asasi org lain yg tak mahu perhimpunan itu.. jadi siapa yg jahil sebenarnya?

    BalasPadam
  13. sedangkan nabi sendiri berhadapan dgn musuh2 keadilan dan kezaliman utk mbentuk masyarakat yg penyayang...
    wallahuaklam...
    sesungguhnye rezeki 2 dtg dr ALLAH..

    BalasPadam
  14. habis tu yang dato onn dok berhimpun ramai2 menentang Malayan Union boleh plak? Apa bezanya? Cuma satu penjajah orang putih dan satu lagi kerajaan yang kejam.. apesal plak tak boleh berhimpun? Itu kan hak asasi manusia..bukannya diorang nak hancurkan kemudahan awam ke, bunuh orang kea pa..Cuma nak menyuarakan pandangan agar pilihan raya yang lebih adil dan telus..jangan nak menafikan terlalu banyak penipuan berlaku dalam pilihan raya untuk memenangkan calon BN..orang yang buta hati jer tak nak terima..lagi satu, kalau asyik dengar dan tengok berita RTM dan TV3 macam nil ah jadinya..lain kali bukak internet..perhimpunan dikatakan haram sebab pemerintah kata haram? Bodo la..kerajaan kata haram sebab benda tu menentang mereka dan mereka kekalkan kuasa..teruslah sokong kerajaan yang kuat makan rasuah ni..dah makan rasuah makan pulak duit rakyat..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online