BREAKING NEWS

Mat Sabu lebih suka jadi warganegara Myanmar...


"Demokrasi kita dah terlalu jauh ke belakang. Malah kita ketinggalan di belakang Fiji. Yang hampir setaraf dengan kita mungkin Myanmar".

"Di Indonesia selepas era Suharto kalau ada unjuk rasa (demonstrasi), polis sendiri akan bagi garis panduan, peserta unjuk rasa, sila berjalan ikut jalan sekian-sekian.

Polis akan berkawal untuk memastikan kelicinan perjalanan, berhimpun ditempat yang ditentukan kemudian apabila usai unjuk rasa, pulang melalui jalan sekian-sekian dan anggota polis akan membantu perjalanan".

"Perhimpunan BERSIH di Kota London baru-baru ini yang dihadiri kira-kira 1,000 orang cuma dipantau oleh 2 orang anggota polis.

Dan kalau masih ada peserta yang akan hadir, pihak polis Metropolitan London sedia untuk memperluaskan lokasi kawasan himpunan. Mereka berarak dengan siap diiringi kenderaan polis".

"Di Negara kita, siapa yang berhimpun akan ditangkap! ISA akan digunakan kalau perlu! Anggota keselamatan akan dikerahkan! Ini perhimpunan Haram!

Tak cukup anggota polis, kita akan kerahkan anggota tentera! Peserta himpunan BERSIH adalah penderhaka yang boleh dihukum pancung! Peniaga akan kerugian besar! Negara akan huru-hara! Apa semua ini??"

“Inilah negaraku Malaysia”, keluh Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu ketika menyampaikan Ceramah Pasca Bersih 2.0 di Kampung Gong Nangka, DUN Jabi malam tadi.

Beliau yang datang dalam keadaan bertongkat dan dipapah selepas menjalani pembedahan ligament lutut pada 15 Julai baru-baru ini.

Walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat, dia turut menyuarakan kekesalan atas tuduhan sembrono pihak polis dan Umno kononnya beliau seorang pelakon yang hebat untuk menarik simpati khalayak.

“Kalau nak berpolitik, berpolitiklah dalam perkara lain, bukan dalam persoalan yang menyentuh soal kesihatan dan hidup, mati orang lain!

Kalau saya ini seorang pelakon utama yang hebat, maka tuan-tuan semua yang hadir adalah pelakon tambahan.” Tempelek Mat disambut gelak ketawa hadirin.

3 ulasan :

  1. Jangan banyak cakap lah BABI .. yang ko sibuk nak ikut cara orang lain tu apahal...aman damai ke dorang..tenteram ke dorang..

    BalasPadam
  2. mat sabu iaitu sorg yg pernah ditangkap berkhalwat dgn bini org dlm sebuah bilik di hotel suatu ketika dulu suka kalau tunjuk perasaan berlaku spt di indonesia agar pnunjuk perasaan boleh bakar org cina mcm di sana kan?
    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Mhru48BS82k

    BalasPadam
  3. bongok la mat sabu ni..
    pas oh pas..apesal korang punya pemimpin taraf IQ rendah camni?

    nak sgt tiru Indonesia pasal demonstrasi? negara2 yg rajin demo tu skrg apa cerita? aman damai ke? rakyat hidup selesa ke?
    jgn jadi bodohla mat sabu!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online