BREAKING NEWS

BERSIH punya pasal.., suami GIGIT cuping telinga isteri hingga putus



Seorang wanita kehilangan cuping telinganya selepas digigit oleh suaminya yang berada dalam keadaan mabuk. Bukan sahaja mengigit sehingga putus cuping telinga isterinya, lelaki mabuk itu turut menelan cuping telinga tersebut.

Menurut Times of India, lelaki itu, Nagaraj Reddy menarik isterinya yang bernama Roopa sebelum mengigit telinga isterinya yang ketika itu baru masuk tidur.

Sebelum itu, pasangan suami isteri itu sering bergaduh kerana Nagaraj mendakwa isterinya selalu mengabaikan kebersihan rumahtangga.

Sewaktu jiran bergegas membawa Roopa ke hospital, Nagaraj menghilangkan diri. Menurut polis, lelaki itu masih belum ditemui dan masih bebas. - Agensi




p/s: Sungguh gua tak sangka..., banyak juga keBURUKan BERSIH ni rupanya yee... Sampaikan ada suami yang sanggup gigit telinga isteri hanya semata-mata sebab BERSIH...

Gua harap.., kalau perhimpunan BERSIH kat Malaysia ni tak jadi nanti.., jangan pulak ada pengikut Pakatan yang meroyan GIGIT telinga atau lain-lain anggota badan pasangan dorang pulak yee...

Terima lah semuanya dengan hati terbuka... Huhuhuhu...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online