BREAKING NEWS

VIDEO SEKS: Anwar bakal di PENJARA 10 tahun...



Seksyen 193 dan 199 tu saja hukuman dia 3 tahun penjara.., manakala seksyen 192 pulak hukuman boleh maksima 7 tahun... Habis lah lu Anwarrrr... Hahahahaha....



AGENDADAILY : Pihak pendakwa telah memberitahu mahkamah bahawa Polis telah memperolehi rakaman CCTV dari pangsapuri di Ampang, mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah berada di lobi pangsapuri tersebut pada 21 Februari, hari yang sama video seks itu dirakam.

Untuk rekod, CCTV ini membuktikan bahawa Anwar memang berada di lokasi itu pada waktu dan ketikanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kamalluddin Md Said juga memberitahu pakar dari Dartmouth College yang menjalankan ujian analisis juga memperakui bahawa wajah pelaku video seks itu menyerupai Anwar Ibrahim.

Sebelum ini soal adanya CCTV yang tunjuk Anwar dan Eskay berada di lobi itu tidak diketahui sehinggalah dinyatakan dalam prosiding mahkamah kes Datuk T.

Ini dikira satu fakta kes yang sangat menarik dari segi pembuktian. Anwar sebelum ini mendakwa beliau berada di rumah pada masa dan ketika itu.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu pemberita kemudiannya bahawa menurut laporan pakar-pakar mereka 99.99 peratus pasti bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Menurutnya, dalam laporan bertarikh 4 Jun, yang disediakan oleh Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani, ia telah menyatakan bahawa mereka telah mengkaji video dari camcorder dalam sebuah bilik dan disalinkan kepada thumbdrive.

Berserta satu video dari kamera pengawasan yang diambil di dalam bilik dan diekstrak terus dari DVR, satu video dari camcorder kedua diambil di luar lif, 320 ratus imej satu orang yang dinamakan sebagai "Mr X", 26 imej satu orang yang dinamakan sebagai "Encik Y" dan 4,423 ribu imej "rakyat Malaysia".

Laporan itu membuat kesimpulan bahawa berdasarkan kajian itu, "Encik X" adalah orang yang sama dalam gambar yang diberikan kepada mereka oleh pihak berkuasa tempatan, iaitu Anwar.

"Kesimpulannya menyatakan dengan jelas bahawa Encik X adalah Anwar. Mereka tidak boleh mengatakan secara langsung bahawa Encik X adalah Anwar kerana mereka tidak mengenali dia, tetapi mereka membuat kesimpulan bahawa ia adalah 99,99 peratus daripada analisis memperakui muka lelaki dalam video adalah sama dengan lelaki dalam gambar (Anwar) yang ditunjukkan kepada mereka, "kata Shafee.

Oleh itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa Anwar patut dikenakan di bawah seksyen 192, 193 atau 199 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, menafikan identitinya dalam video tersebut.

3 ulasan :

  1. GANJIL.. ganjil betul cereka terbaru dalam Siri Fitnah III nii

    JANGGUT: Mana pergi janggut "Anwar" pada 10 malam 21 Feb 2011 tuu.... tak nampak pun..?
    Tapi janggut Anwar tumbuh dengan cepat pada esok pagi 22 Feb 2011 jam 9 am di Mahkamah kes fitnah siKitol Saiful tuu....

    RAMBUT: rambut"Anwaar" pada 10 malam 21 Feb 2011 tuu NIPIS .... ?
    TAPI rambut Anwar tumbuh dengan cepat pada esok pagi 22 Feb 2011 jam 9 am di Mahkamah kes fitnah siKitol Saiful tuu....

    PERUT: perut "Anwaar" buncit pada malam tuuu.... TAPI kempis dengan cepat esoknya?

    TETEK: tetek "Anwaar" londeh pada pada 10 malam 21 Feb 2011 tuuuuu.... TAPI fit esoknya?

    PEMBEKAL PELACUR: pembekal pelacur kpd "Anwaar" tuu .. Datok Bapa Ayam SK ke... Datok Sri Rogol Tambi Filem Lucah UMnoPorno ke? ... 1Malaysial Lucah!!!!

    bla...bla....bla.....

    Relevankah lagi budaya politik wang & lucah UMNO bagi orang2 Melayu/Islam? Selamatkah Melayu dari murka Allah kerana menyokong kefasikan UMNO?

    Tinggalkan golongan jahil lagi fasik pencacai UMNO niiii.....

    BalasPadam
  2. Weh korang ni memang penipu besar la, mlm tu anwar kata dia sedang bertwitter la... tak paham2 lagi ke??

    ANUAR SEDANG BERTWITTER SAMBIL SOLAT TAHAJUD DGN AMOI LAAA!!!! Isk, x paham2 lagi puak AMENO ni....

    BalasPadam
  3. anon 9;40pm adalah pencacai bodoh yg tak baca blog lain. woi, bahlol!
    baca la blog2 lain yg counter hujah2 ko tu. semuanye senang2 je dipatahkan.
    hujah ko tu bukan ganjil. tapi hujah bodoh.
    kalau tak tahu pasal camera especially spy cam baik diam. jadi takdelah nampak bodoh!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online