BREAKING NEWS

PANAS!!! Wardina kata blogger TAK BERILMIAH dan MENJENGKELKAN...



Wardina nampaknya dah panas hati bila ramai blogger pro kerajaan menghentam dia dan menyebarkan gambar tembelang dia yang sebenar bersama pemimpin Pakatan.. (BACA SINI)

Dan untuk tunjuk bagus dan cover agenda dia yang dah kantoi tu, Wardina mula tuduh blogger pro kerajaan ni sebagai blogger yang TAK BERILMIAH dan juga MENJENGKELKAN..

Gua tak nak komen apa-apa untuk permulaan ni.. Gua cuma nak tunggu dan lihat je.. Hahahaha....

Korang boleh baca "luahan hati" dia yang gua quote kat bawah ni... Gua bold dan highlight kan "ayat-ayat menarik dan berilmiah" dari pompuan yang paling "suci" dalam Malaysia ni...






Soalan pertama saya. Salahkah? Ini adalah negara bebas di mana saya mempunyai hak duduk berbincang dengan sesiapa sahaja... Berbagai "versi" kini tersebar di internet. Hakikatnya mereka yang menulis ini semua memanglah menampakkan ketidakmatanagan dan memperihatkan rendahnya mentaliti dan cara pemikiran mereka. Saya terpanggil untuk menceritakan hal yang sebenar supaya anda boleh mendengar dari mulut saya sendiri. Tiada seorang pun "blogger" media baru itu menghubungi saya bertanyakan kisah sebenar. Bahasa dan cara mereka menulis mengerikan saya. Amat parah sekali jiwa mereka. Jika mereka ini mewakili UMNO dan BN, saya mengharapkan ada diantara pihak atasan "menegur" anak buah mereka ini....

- Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)

- Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.

- Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu. Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir....

(Baca Versi Penuh DI SINI..)

15 ulasan :

  1. bro, cakap ngan pompuan ni tak yah nak dolak dalih la. memang mimpi kering dia nak duk kerusi YB. Tulis panjang2 orang bodoh saja yg percaya. Orang ada otak akan gelak jer dgn alasan tak berilmiah mcm tu.

    expat in Vietnam

    BalasPadam
  2. maafkan lah wardina sewel tu. Dah memang dia ni ada masalah mental lepas lahir anak yang ke 3. Rumah dulu sebelah masjid tapi tak pernah nampak muka ke masjid pun dia ni. Kalau beli nasik lemak dan mula bercakap macam dia ni yang paling alim, paling pandai dan paling baik dan semua orang tak bail pada pandangan mata dia ni. PKR pulak memang dah tersirat memilih calon ikon yang bermasalah sahaja.

    BalasPadam
  3. Wardina menunjukkan dirinya sebagai ibu yang hebat dan kononnya jadi contoh kepada semua rakyat Malaysia.

    Adakah Wardina anak yang contoh kepada ibu bapanya?

    Jelaskan adakah benar Wardina pernah lari dari rumah ibu bapanya ketika dia seorang remaja?

    Jawapan yang diberikan akan menunjukkan samada Wardina:

    1. seorang penipu atau

    2. ibu "contoh" yang munafik kerana dia sendiri seorang yang pernah derhaka kepada ibu bapanya sendiri!

    BalasPadam
  4. blogger tak berilmiah? heheh wardina ni aku kesian sangat kat dia.. tak silap aku ramai bloggers yang ada kelulusan lagi baik dari wardina ni yg hanya lulus berlakon drama..

    Kesian dah kantoi pandai menyusun ayat cover line..

    BalasPadam
  5. Dia fail law di private college

    BalasPadam
  6. Salam semua.
    Aku taklah kenal sangat si Wardina ni walaupun duduk setempat di bkt antarabangsa.Cuma kalau berselisih sengeh je lah...

    Tapi suatu pagi dalam program MHI TV3 dia sarankan penonton jangan makan nasi lemak banyak sangat tak eluk.Esuknya aku tgh beli nasi lemak..mak ooi banyaknya dia tapau nasi lemak.

    Aku perli dia senyum je..Sejak tu kurang sikitlah aku nak pakai cakap dia kerana pada aku dia spesis Cakap Tak Serupa Bikin

    BalasPadam
  7. Pembaca pulak rata2 lebih berkelulusan tinggi dari Wardina, so senanglah nak buat kesimpulan kat perempuan perasan bagus ni.

    BalasPadam
  8. TV 3 suku buat apalah simpan minah ni lagi..semakin sewel macam tok nenek.slot mhi aku tutup selalu kalau ada minah swel ni.

    BalasPadam
  9. Alahai wardina....ko kan pengacara tv bukannya wakil rakyat. Buat apa susah2 kena berucap dalam majlis (tu belum lagi kita tengok video apa yg dia cakap dlm majlis tu). Sebagai seorang artis yg berpengalaman, dia tentu tahu kaedah sesuatu majlis tu.

    BalasPadam
  10. Ada masalah ker dia nak sokong mana2 parti....??? aduhai korang ni semua...fikiran masih ketinggalan..

    BalasPadam
  11. Ade ke kami kisah dia nak sokong mana2 parti pon? Kami langsung tak kisah, langsung tak jadi kudis pon dia nak sokong pembangkang. Yang kami kesah sikap hipokrit dia tu. Dalam tweeter/fb dia dah banyak kali tulisan dia menampakkan sokongan pada pembangkang. Menyertai program pembangkang ni bukti yang tak berkesudahan buat wardina yang menampakkan sokongan terbuka pada PKR. Tapi masih ada hati nak nafikan, masih ada hati nak cakap tak sokongan mana2. Dah terang lagi bersuluh. Mengaku je la, tak perlu nak hipokrit lagi...

    BalasPadam
  12. bagi aku la, salah wardina sendiri sebab tak bagi penjelasan dari awal. bila dah heboh dlm dunia blog, baru nak panas.
    contohnya, isu dia tweet sharizat tu, dah ada blogger yg tegur. tapi dia buat dono je..
    so salahkan diri sendiri. jgn salahkan org lain.

    BalasPadam
  13. fitnah??pegidah...!!!kecewa la konon kaitkan dgn pakatan plak...abih join berSHIT 2.0 tu apa citer plak..??

    BalasPadam
  14. Wardina ni pelik. Kalau bercakap pasal penghijrahan dia, mcm dia saja dikasihi Allah dan sgt blessed. Takde rendah diri langsung. Kawan2 lain semua.dikatakan sesat. Selalu bercakap mcm diri sendiri hebat. Jgn menghina org yg belum berubah mcm awak skrg Wardina...awak dulu lagi dahsyat perangai. Dari sekolah lagi ramai org tak suka. Menjerit bergaduh dgn mak bapak..dan bnyk lagi benda mengaibkan awak buat masa keluar rumah and tinggal kat studio house tu....tp akhirnya awak berubah kan? So...org yg tak berubah lagi tak usahla dipanggil sesat, degil dan taknak terima hidayah mcm awak selalu ckp kt tv...kalau dah berubah, doakan diorg supaya dpt hidayah. Kalau yg liar mcm awak pun boleh berubah...tentu yg lain semua boleh

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online