Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.
Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.
“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.
“Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” katanya melalui laman Facebook.
Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.
Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan “langkah mayatnya dulu” sebelum mahu laksanakan.
Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan. - HaraMkah
Allah turunkan kitab dengan 114 surah.. Tapi Pok Nik lebih takutkan sekeping kertas yang dihantar oleh Mahathir.. Macam ni dorang boleh kata Pok Nik tu ulamak besar??
Bagi gua, kalau Pok Nik nak buat HUDUD yang dia kata diperintahkan oleh Allah, kenapa dia patut takut bila Mahathir bagi warning?
So, itu pasal lah gua kata Pok Nik ni "bertuhankan" Mahathir dari dulu sampailah sekarang di Kelantan.
Pok Nik tak malu pada Allah bila dia canang seluruh Malaysia bahawa Mahathir yang halang dia buat HUDUD..
Secara tak langsung Pok Nik tunjukkan dia tu lebih risau hukuman dari Mahathir berbanding hukuman yang Allah tetapkan..
Jadi, boleh tak Pok Nik kata dia lebih Islam dari Mahathir dan PAS itu lebih mulia dari UMNO?
Nik Aziz wajib bertaubat!!!
nick aziz cari alasan yang lapuk tp sekiranya PAS ikhlas nak laksana hukum hudud, perkara kecil pun mereka tak nak buat..kes video sex,kes liwat anwar?tgk buletin utama semua pemimpin pas tutup phone takot nak bg ulasan negara berkebajikan kot lgpun mungkin mereka pun tidak setuju dengan presiden yang terpesong akidah perjuangan
BalasPadammacam macam alasan,nak seribu daya..kalau dah tak reti tu jgn salahkan org,tak pandai menari jgn salahkan lantai sengit.
BalasPadamkalau ye pun,sekarang dah berlalu 2 pm,tak jugak jadi.!cakap bercabangx2,
sedih tgk 'ular dalam semak',kalau dah bertekat Allah akan bersama ..apa jua halang petunjuk akan di beri.
Dah le jgn nak menyalahkan org sebab diri sediri tak mampu.~!
Undi untuk PAS & PKR adalah undi untuk DAP, parti cauvinist bangsa cina yang berselindung disebalik selogan 'Malaysian Malaysia' dan 'Negara Kebajikan'. Jangan beri undi kita yang berharga ini kepada parti2 'keldaian' DAP ini.
BalasPadamSebenarnya pok nik ni tau, kalau laksanakan hudud, ramai orang dia kena hukum sebab tu dia bagi alasan macam2. Kalau setakat iman macam penyokong2 pas tu, buat hukum hudud pun langgar semacam jer. Pok nik lebih sayngkan kroni dia sebenarnya. Podah lah pas, cakap jer nak laksana undang2 islam, kalau dalam diri tu masih ada "Hubbud Dunia" tak ada maknanyer. Carilah seribu alasan, Allah swt maha mengetahui apa dalam hati mu wahai ahli pas.
BalasPadam--Ganasnyer--