BREAKING NEWS

Mana hala tuju Muktamar PAS sebenarnya..?



Semua pemimpin dan pengikut PAS serta PKR perlu sedar yang kerusi paling terbanyak dalam Pakatan di parlimen ialah DAP, iaitu 29 kerusi..

Jadi andai kata ditakdirkan Tuhan bahawa Pakatan menang PRU 13 nanti.., dah semestinya DAP akan menerajui pemerintahan Malaysia..

Gua ada satu persoalan nak tanya pada Pemimpin dan pengikut PAS semua.., macam mana nak meletakkan syariat dan undang-undang Islam kalau negara diperintah dan dikuasai pentadbiran oleh orang kafir?

Boleh ke nak laksanakan undang-undang syariah serta memperkasakan Islam didalam negara kalau semuanya terpaksa tunggu kelulusan dari puak-puak DAP?

Gua nak tanya juga kepada dorang yang mengaku ahli dan menyokong PAS.., tahu tak apa tujuan PKR ditubuhkan? PKR ditubuhkan hanya untuk kepentingan Anwar Ibrahim... PKR ditubuhkan semata-mata untuk memusnahkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah ada sekian lama...

Sekarang ni.., agenda PKR hanyalah untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri... Dan kalau itulah tujuan PKR, apa benefit yang pemimpin dan pengikut PAS dapat?

Masuk Pakatan bermakna PAS terpaksa ikut telunjuk DAP dan terpaksa dengar cakap DAP.. Masuk Pakatan bermakna lebai-lebai PAS terpaksa wala' pada Anwar Ibrahim..

Takkan lah pemimpin dan pengikut PAS bengap sangat sampai sanggup gadaikan agama dan bangsa semata-mata hanya nak kan kuasa?

Jadi..., takkanlah PAS nak musnahkan semua hak dan kemudahan yang ada sedangkan orang Melayu sekarang ni jadi antara kumpulan yang paling mundur ekonominya dalam negara?

Gua rasa, satu hari nanti PAS akan hancur hanya semata-mata kerana Anwar dan DAP.. Sekarang ni pun dah banyak ahli-ahli bawahan PAS yang tak puas hati dengan pemimpin PAS yang terlampau agungkan DAP...

Cuma tunggu masa saja dorang nak tunjukkan protes dorang.. Mungkin kah di PRU13 nanti? Gua tak tahu beb.. Gua cuma tukang sampaikan jee.. Hehehehehe...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online