BREAKING NEWS

Kerajaan Nik Aziz nak "ROMPAK" duit PENYOKONG BOLA Kelantan..



Penyokong Kelantan memohon penjelasan rasional daripada Kerajaan Negeri dengan tindakan membenarkan "charge parking" di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Tanpa angin dan ribut, dapat dilihat pembinaan rancak pihak Metro Parking membuat pondok di kawasan stadium.

Tindakan ini nyata mengundang masalah tidak puas hati segelintir pihak terutamanya para penianga akan sebab-sebab pihak Metro Parking diberi hak mengenakan bayaran kepada kenderaan yang masuk ke kawasan stadium.

Bagi mereka, mengenakan bayaran parking di kawasan ini membuatkan ramai pihak tidak lagi memilih kaawasan ini untuk aktiviti santai serta menjamu selera di medan usahawan.

Secara tidak langsung ia menjejaskan rezeki mereka yang bergantung harap kepada kehadiran orang ramai.

Mereka juga mempersoalkan adakah terdapat jaminan dari pihak Kerajaan Negeri bayaran tidak dikenakan seandainya ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan di Stadium.

Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri seharusnya memberikan satu penjelasan terbuka kepada semua pihak mengapa baru kini mereka dengan kerjasama sebuah syarikat luar akan mengenakan bayaran di kawasan tersebut.

Kita tidak mahu rakyat dibebankan lagi dengan bayaran mengarut yang dilihat tidak memberi sebarang faedah untuk jangka masa panjang.

Selain itu, penjelasan juga perlu bagi menutup mulut pihak yang menuduh tidak benar kepada Kerajaan Negeri.

Ini penting untuk menjaga nama baik Kerajaan yang dipilih majoriti rakyat Kelantan. - sumber

5 ulasan :

  1. Salam bro. Biarlah... Baguslah biar semua peniaga kat situ bangkrap. Baru tau langit tu tinggi atau rendah sebab sokong PAS.

    BalasPadam
  2. Itu baru betul Negeri Kebajikan ....penonton kena bayar pakir untuk pertandingan Bola Sepak.

    BalasPadam
  3. Demo bayar aje mo pateh banyak...Negara berkebajikan kata kan...bantu pok nik gi make angin.

    BalasPadam
  4. contoh terbaharu negeri berkebajikan kelantan

    BalasPadam
  5. Nah..Bukti Awal Negeri Berkebajikan, dulu PERCUMA sekarang BERBAYAR. Tapi rasanya memang sejak dulu rakyat menjaga kebajikan PAS. Bukan setakat bayar Cukai berlipat kali ganda, dengar ceramah PAS pun kena bayar(derma)dan nak pilihanraya pun derma kat PAS.
    Ntah nanti masuk masjid nak solat pun kena bayar...
    PAS...PIS...PUS
    sokongla lagi....hahaha.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online