Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Jom baca luahan hati blogger PAS pasal kemuliaan Mat Sabu 121...
Comments : 6
Antara '4 Panglima' PAS, Mat Sabu dan Husam adalah 2 individu yang paling digeruni UMNO selepas Nik Aziz dan Anwar. Sebelum ini pakar-pakar munafiq UMNO telah cuba memfitnah TGNA dengan tuduhan rasuah manakala Anwar terus diserang, difitnah dan diaibkan melalui tuduhan liwat dan yang paling akhir video seks lucah.
Kerja jahat dan keji UMNO selama ini sebenarnya dah berlaku sejak zaman para Nabi lagi. Begitu banyak ayat dalam Al Qur'an yang mengisahkan tentang perangai golongan kafir munafiq yang kerjanya tiada lain melainkan menghalang dan menyukarkan tugas para Nabi menyampaikan Risalah Tauhid.
Kita semua tahu bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. dicemuh, difitnah, dituduh mengamalkan sihir, gila oleh Abu Jahal dan Abu Lahab walhal Abu Jahal sendiri amat mengenali anak saudaranya itu sejak kecil lagi sebagai seorang yang jujur, amanah dan tidak pernah berbohong.
Namun, bila anak saudaranya diutus sebagai Rasul dan menyeru penduduk Mekah kepada agama Tauhid dan meninggalkan penyembahan berhala, justeru Abu Jahal dan para pembesar Musyrikin yang lain merasa kedudukan mereka tergugat jika semua penduduk Kota Mekah terpengaruh dengan Risalah Tauhid yang dibawa oleh Rasulullah.
Justeru, Abu Jahal dan Abu Lahab sengaja mereka-reka fitnah terhadap Baginda agar penduduk Mekah tidak mudah terpengaruh dengan dakwah menyeru kepada agama Tauhid.
Jelas di sini apa yang dilakukan oleh UMNO Munafiq serupa je dengan tindakan Abu Jahal, Abu Lahab di Mekah dan Abdullah bin Ubay di Madinah. Matlamatnya sama, yaitu mahu menghalang kerja Islam.
Najib, Muhyiddin dan pimpinan utama UMNO memang cukup sedar bahawa parti hapraq Melayu itu semakin hilang sokongan, khususnya golongan anak muda Melayu intelek, juga yang ada kesedaran. UMNO dah tak boleh bergantung harap pada pengundi Cina yang jelas menolak UBN pada PRU12 hingga ke PRN Sarawak.
Kini UMNO hanya bergantung kepada undi Melayu di Semenanjung dan Bumiputera Sabah Sarawak. Walau usaha mendaftar pengundi hantu telah berjalan di Selnagor, Kelantan dan Sabah, namun UMNO masih tidak yakin dengan kerja tipu yang dibuat.
Sebab itulah UMNO amat mengharapkan agenda Kerajaan Perpaduang bersama PAS menjadi kenyataan. Hanya dengan cara ini sajalah dapat menarik kembali sokongan orang Melayu Islam terhadap parti lemah IQ itu. Bukan setakat memujuk PAS, malah DAP turut dipelawa menyertai BN bagi memulihkan kembali keyakinan orang Cina.
Malang bagi UMNO bila kedua-dua usaha itu gagal. Dan lebih bertambah malang lagi bila mana Mat Sabu, Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam Muktamar PAS yang berakhir siang tadi. UMNO cukup takut dengan pengaruh, ketegasan dan kelantangan Mat Sabu selama ini. Begitu juga Husam yang terkenal dengan sikap tegasnya serta kebijaksanaannya menangani sesuatu isu berserta fakta dan bukti. Husam pernah menerima pengiktirafan sebagai Ahli Parlimen Terbaik Komanwel.
Dalam konteks Kerajaan Perpaduang, Mat Sabu dan Husam adalah antara pimpinan PAS yang menentang keras idea mengarut itu. Selain Nik Aziz, kedua-dua pemimpin ini amat disenangi dan dihormati oleh masyarakat bukan Melayu tanahair. Pemilihan mereka berdua akan mengeratkan lagi hubungan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung akan menaikkan indeks sokongan terhadap PAS dan PR dalam PRU13. Inilah yang membimbangkan UMNO.
Sebab itulah, sebaik saja diumumkan kemenangan Mat Sabu dan Husam, akhbar milik UMNO terus menyerang PAS dengan pelbagai persepsi tak masuk akal. Dikatanya PAS kini dikuasai oleh 'Erdogan', PAS gadai prinsip negara Islam.
Dan yang paling bodoh ialah Ali Rustam bila buat kenyataan "Rakyat kini sudah boleh menilai PAS berjuang bukan kerana Allah tetapi PAS berjuang untuk menumbangkan UMNO dan BN."
Malang sungguhlah rakyat Melaka dapat Ketua Menteri bebal dan dungu. Opppps penulis lupa, memang UMNO Parti Lemah IQ.
Hoi Ali Rustam, perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah dalam negara. Bagi mencapai matlamat itu, UMNO mesti ditumbangkan terlebih dahulu sebab menjadi penghalang utama kepada cita-cita mulia PAS selama ini.
Hukum menumbangkan UMNO adalah Fardhu 'Ain bagi setiap Muslim.
Sumber dari SINI...
p/s: Part yang last sekali tu yang gua tak tahan.. "Tumbangkan UMNO adalah Fardu Ain"... Pergghhhhhh.... Hahahahahahahhaha.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Assalam Bro
BalasPadamBanyak sangat dah solat hajat yang mereka buat... itulah yang timbul fatwa baru... Fardhu Ain PAS untuk menumbangkan BN/UMNO....hehehe,,, sesatlah PAS... Jom pakat-pakat undi BN
kata tiada lagi negara islam hanya negara kebajikan. Itu kata haji hadi.
BalasPadamSudah lah jangan bersikap munafik aku dah meluat dengan pas bodo nie !
PAS dgn membuat usul yg video seks Anwar Ibrahim adalah palsu, akan terjebak dlm masalah besar.
BalasPadamJika video itu sah dilakukan oleh Anwar, maka semua ahli2 PAS turut menanggung dosa Anwar berzina dgn amoi itu kerana bersubahat. Orang2 PAS pun dapat dosa yg sama berat yg dipikul oleh Anwar!
Kenapalah PAS begitu bodoh sehingga meluluskan usul yg sebegitu rupa?
Yang sedap2 berzina adalah Anwar, kenapa ahli2 PAS yg mungkin rasa sedap menonton video itu saja nak tanggung dosa bersama?
Orang Islam melihat ini sebagai satu lagi kebodohan PAS.
Macam mana nak menang PRU13 nanti?
Kecuali jika Melayu yg rata2 bodoh mudah lupa ..........
negara islam dah takde..
BalasPadamhudud bukan matlamat utama dah..
ulama dah kena singkir..
jadi apa yg siginifikannya pas kini? dah terpesong dah tu..
Antara '4 Panglima' PAS, Mat Sabu dan Husam adalah 2 individu yang paling digeruni UMNO selepas Nik Aziz dan Anwar.
BalasPadamaikk sejak bila anwar gayboy tua ni jadi panglima pas? memang hancur leburlah pas apabila mengangkat seorang gay menjadi panglima kekekeke.
kahkahkahkah....ayat yg last tu memang tak blh blah la...mana punya hadis dia pakai nie...elok le mamat penyokong chin peng diangkat jd panglima...tapi panglima komunis terakhir...
BalasPadam