BREAKING NEWS

HOT!!! Ramai lagi artis yang akan masuk PAS..



Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini.

Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak.

Katanya, bagaimanapun beliau tidak mahu menyebut nama-nama artis terbabit kerana mahu menyerahkan kepada artis-artis itu sendiri untuk mengumumkannya nanti.

"Saya difahamkan buat masa ini mereka masih belum bersedia untuk mengumumkannya. Tetapi mereka memang mahu menyertai PAS seperti juga Bob Lokman," katanya pada sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini.


Artis masuk PAS?? Itu biasa bagi gua sebab dorang nak cari syurga secara express.. Di Malaysia ni hanya parti politik PAS saja yang tawarkan pakej VVIP masuk syurga secara pantas..

So, gua tak salahkan golongan artis yang terkhilaf apabila sangka PAS mampu bawak dorang ke jalan Allah..

Just imagine lahh.. PAS tu parti POLITIK beb... Sejak bila pulak politik akan mampu bawak korang masuk syurga??? Dah hilang akal gamaknya...

Bagi gua, nak cari agama bukannya dengan masuk parti politik duniawi macam PAS atau UMNO.. Jauh sekalilah kalau korang masuk PKR ataupun DAP...

Nak cari agama kena belajar dari Tok-tok guru dan para mursyid yang ada di Pondok.., bukannya dalam parti politik. Dalam PAS tak ada Tok Guru Mursyid ni beb...

Pasal apa gua kata tak ada... sebabnya guru yang mursyid ialah...

1- Dia orang alim..., tetapi tidak semua orang alim layak menjadi sepertinya.

2- Dia seorang yang tidak mengutamakan keduniaan dan tidak gemarkan kemegahan.

3- Dia seorang yang telah mengikuti latihan rohaniah di bawah seorang syeikh yang baik,yang salsilahnya sampai kepada Rasulullah SAW.

4- Elok riyadah dan rohaniah dirinya.., kurang makan.., bercakap dan tidur.., banyak menunaikan amalan-amalan sunat seperti solat.., sedekah.., puasa dan sebagainya.


So..., yang ni barulah boleh bawak kita ke jalan Allah dan mengenal jalan ke syurga..

Kalau setakat lebai-lebai kangkung dalam PAS tu.., bawak korang ke parit boleh lah beb... Hahahahahaha...

9 ulasan :

  1. Yes... Bergaya mesti mau lebih sikit baru nampak alim..... Biarkan ilmu sejengkal.. tapi jubah mau labuh beb

    BalasPadam
  2. buat dosa bebanyak banyak ,pas tu masuk pas,naik atas pentas bikin ceramah..ceramah pulak bukan nak mengajak kebaikan,
    lebih pada maki hamun,caci.cincai..
    emmm..kami dah dapat hidayah..
    artis malaysia..yang cetek fikiran..
    no komen..

    BalasPadam
  3. mAAF, KAWAN NAK BERCAKAP SIKIT TAPI JANGAN TERSINGGUNG

    "jadi artis banyak buat dosa, masuk PAS bertambah tambah lah dosa tu nanti" tapi apa nak buat bagi orang yang cetek ilmu agama , pilih ulamak belajar agama susah agaknya, tapi masuk PAS senang, Senang jadi ahli , Senang masuk Syurga..

    To "ustaz"Akhil .. gua tak kisah lu nak masuk PAS atau kahwin bini muda , tapi jangan munafik nak bantai UMNO..

    Pertama bila lu cerai bini lu, lu dah gagal jadi imam, kalau bini lu tak betul patut lu bimbing, sebab lu kepala keluarga .. dosa bini lu, lu tanggung beb .. lu kahwin ikut nafsu ke beb?

    Jagalah keluarga lu beb, jangan tambah dosa bantai orang pula!! nak jadi ustaz, jadilah ustaz betul betul, ustaz yang tak fitnah orang, ustaz yang tak cerai bini, ustaz yang penampilan macam ustaz bukan penyanyi rock...

    BalasPadam
  4. kau perasan tak artis2 yang masuk pas ni ialah mereka2 yang sedikit sebanyak bermasaalah atau disingkirkan dari pertandingan dunia hiburan atau masaalah dalaman.seperti ustad atau tukang start akhil,tinggalkan bini semata2 nak cari awek lain.stesen tv pernah gam dia.lokman anak2 bermasaah,leman lemang tersingkir dalam pertandingan lawak..jadi sebaik2nya jalan paling senang nak glamor balik dgn mendapat gaji lumayan masuk paslah.tak kira mereka bertauliah ke tidak.. senang2 dah boleh jadi artis balik.tapi artis daripada komplot pas artis jugak.

    BalasPadam
  5. macam macam benda berlaku bila dunia dah nak kiamat ni. semua mencari syorga mee segera..yang untung adalah pas sebab dapat menarik ramai manusia untuk sesat bersama.

    BalasPadam
  6. @YB Raz sendiri tu dah kompom suci ka?

    BalasPadam
  7. @Tanpa Namamaaf, kawan pun nak cakap sikit, tapi jangan terasa pulaaak..
    kau kata jadi artis banyak dosa then bila masuk pas bertambah pulak lagi dosa? ape la punya bangang dan jahil murakabnya kau ni.. dah terang2 pasal banyak dosalah artis2 tu berasa yg parti pas saja yg boleh hapuskan kempen2 maksiat oleh bn atau umno tuuu.. setahu aku pemimpin pas takdelah kempen suruh artis terus bertelanjang, boleh pegang2 bukan mahram, biarkan istri2( bini2 umno ) sampai mati tak wajib bertudung,
    buat show apapun yg penting 1 malaysia happy walau allah murkai dan terlalu banyak yg memang klu bertahun pun takkan habeh nak citer.. tapi kau ni dah tertutup mata hati kau tu sebab tu kau pun pandai2 nak menghukum ustaz akhil sedangkan kau sendiri sedang bergelumang dgn kejahilan kau sendiri! nasihat aku tak yah lah nak berlagak alim pulak nak suruh org lain jaga keluarga dia, baik kau jaga je family kau tu sendiri lagi selamaat! kau mengumpat ustad aku pun kira ok gak sebab nanti kat akhirat pahala ciput kau tu boleh hadiahkan pada ustad akhil secara percuma, he, he... so umpat dan katalah lagi, biar kau muflis nanti di akhirat... pandai komeeen, setahu aku, ustad akhil dah banyak mengubah mat2 yg tak tau jln pulang, tetapi bcoz kejahilan dan ada sikap mcm nak jadi hakim maka yg peribadi jugaklah yg kau jaja janjii kau bantai ustad takpe, klu peminat ustad bantai kau pulak.. amacam? sodaaaappp...! pada aku klu tak tau masalah rumahtangga org lain baiklah kau senyaaap je coz kat sana nanti amalan sikit kau tu pulak yg wajib diserahkan pd org yg kau kutuk dan umpat!! sooo umpatlah lagi, kutuk, kutuk.. pahala korang kan berjuta>> he, he, he...

    BalasPadam
  8. PAS memang hanya lah POLITIK. Adakah zaman NABI berpolitik hanya POLITIK semata mata???Zaman NABI dulu pun ramai jugak org kafir laknatuAllah yg lawan NABI,yg kutuk NABI. Zaman skrg ni pulak,org yg berlagak ISLAM itu sendiri yg lawan ULAMA (pewaris NABI). Artis masuk PAS bukan untuk memudahkan masuk ke SYURGA. Tetapi PAS hanyalah parti POLITIK yg menegakkan ISLAM. Hanya UMNO shj yg kata PAS itu ajaran sesat. Sbb UMNO memang kuat sgt ISLAM nya. Sampai ajaran NABI di sindir sindirkan....Jadi,tidak perlu lah blog ini nak kutuk artis2 yg dah bertaubat n insaf. Dia org lebih pandai memilih jln hidup dia org dr org2 UMNO...

    BalasPadam
  9. aku sokong pas..sebub banyak hal2 agama ..dari pada bn...tlg la sedar...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online