BREAKING NEWS

GEMPAR!! Mati akibat kencing atas gambar Nik Aziz???



adoi...mengucap la MPP....kafir jgk dh budak nih sorang nih...kau ni islam ker kafir...cakap mcm owng xder ugama...bodo nak mapus.!!! bola sukan bodoh...yg kau nak masuk kan isu politik dalam hal ni aper salo plak....mudah2an anda akan mendapat pembalasan yg setimpal...seperti yg telah berlaku baru2 nih...ado seorang manusia yg jahil kencing atas gamabr tok guru,last2 perut nye menjadi buncit sehingga ingin pecah...selepas meminta maaf dgn tok guru...beliau terus baik dan mati. mudah2an anda MPP akan dilaknat oleh Allah kerana menghina ahli ulamak....


Ayat di atas tu adalah satu komen yang gua dapat didalam artikel Nik Aziz bagi cuti awal untuk final Piala FA.. Puak-puak PAS punyalah marah kat gua sebab dorang tak boleh terima bila gua perli "wali" dorang.. Siap kafirkan gua lagi.. Hahahahaha...

Tapi ada hikmah disebalik semua ni beb.. Sekarang ni baru gua tau kenapa dorang taksubkan Nik Aziz selama ni.. Rupanya dorang dah anggap Nik Aziz tu ada super power yang boleh buat orang mati...

Gua tak sangka pulak sampai macam ni punya terseleweng aqidah penganut serta penyokong PAS.. Dan gua rasa, dorang dah angkat Nik Aziz tu sama macam Firaun yang mengaku ada kuasa untuk hidup atau matikan seseorang manusia...

Inilah kesan kalau taksub dan melampau-lampau didalam urusan agama.. Semuanya diputarbelitkan demi kepentingan sendiri...

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jauhilah melampau dalam agama. Sesungguhnya rosaknya orang-orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama". (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Gua selalu pesan kat budak-budak kat tempat gua ni, kalau nak berpolitik, kita kena ada ilmu agama dulu.., barulah kita dapat bezakan buruk baik sesuatu perkara dalam permainan politik..

Jangan jadi macam kebanyakan pengikut dan penyokong PAS.. Dorang cari agama didalam parti politik.. Hasilnya, dorang dapat ilmu politik dan jadikan politik tu sebagai agama baru dorang.

Bila parti politik PAS dah dianggap setaraf dengan Islam, jadi pemimpin-pemimpin PAS tu dah dorang angkat martabatnya setaraf dengan para Nabi serta auliya.. Itulah yang jadikan dorang taksub kepada pemimpin tersebut..

Sekarang ni, gua nampak kebanyakan ahli serta penyokong PAS terlampau taksub kepada Nik Aziz.. Apa saja yang orang tua ni buat semuanya betul dan langsung tak boleh disanggah..

Kononnya Nik Aziz itu adalah Ulamak pewaris Nabi.. Kononnya Nik Aziz tu adalah Tok Guru yang mursyid..

Tapi, orang yang anggap Nik Aziz sebagai ulamak tu tahu ke maksud sebenar ulamak? Dorang tahu ke apa ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang ulamak tu?

Orang yang dikatakan ulamak untuk mendidik masyarakat mestilah orang yang beramal. Dia mestilah ulama yang bukan ahli dunia.

Dan dia mestilah ulama yang tidak berpihak ke mana-mana kecuali Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Barulah nasihat dan tunjuk ajarnya tegas, setentang dan selari dengan syariat.

Orang macam ni barulah boleh jadi contoh. Ulamak macam ni lah yang menjadi pelita kepada masyarakat. Orang pun akan dengar apa dia cakap beb...

Ahli politik tu adalah ahli dunia.. Mana boleh nak samakan ahli politik sekarang ni macam Nabi Muhammad SAW dulu... Kalau setakat serban dan jubah saja macam baginda, tu tak cukup baii kalau segala amalan dan perbuatan tak ikut sunnah...

Orang yang berlakon macam ulamak ni tak layak mendidik masyarakat. Bahkan dia sendiri telah rosak dan perlu dididik.

Korang tahu tak, ahli politik yang macam ni, perkara dunia akan diduniakan..., perkara Akhirat pun akan diduniakannya juga. Senang cakap..., segala-galanya akan diduniakannya.

So, gua tetap berpegang dengan prinsip gua yang mengatakan Nik Aziz bukanlah ulamak mahupun Tok Guru.. Dia cumalah ahli politik yang cari makan dengan menjual agama demi kemenangan parti yang dinaunginya...

Itu realiti tentang siapa Nik Aziz serta lebai-lebai kangkung dalam PAS.. Bagi gua senang je beb.. Tak akan jumpa kalau nak cari agama didalam parti politik.. Kalau niat untuk masuk politik bagi mencari syurga macam Bob Lokman.., maka gua yakin korang akan sesat jalan..

Belajar lah agama dengan guru-guru yang memang arif serta tahu pasal agama yang sebenar.., bukannya belajar dengan ahli politik yang main wayang cina dengan bertopeng serban atau jubah.. Dorang tu nak cari undi pilihanraya je beb... Percayalahh....

9 ulasan :

  1. Syabas. Saya amat amat amat dan amat setuju dengan tulisan sdra.

    BalasPadam
  2. bro, apa lu ckp memang betul la, dorang nk cari undi untuk pilihan raya je

    BalasPadam
  3. @Kamaruzzaman Syabas juga gua ucapkan pada lu bro pasal berlapang dada bila baca artikel gua.. Tengkiu.

    BalasPadam
  4. @BenTu lah pasal bro.. menyamar ulamak untuk cari undi dan JADI ulamak untuk berdakwah tu banyak bezanya beb.. Malangnya, ramai yang kena kencing dengan ahli politik yang kuat wayang tu... Hahahaha...

    BalasPadam
  5. Pas bukan badan dakwah islamiah, tetapi parti politik teologi, cuma sebuah parti cap islam... Lebih kurang macam cap halal palsu... Ulama sebenar apabila berkata-kata, kata2nya mendamaikan dan bukan menyebabkan perpecahan...

    BalasPadam
  6. sampai mcm tu sekali?
    kencing atas gambar boleh dijadikan isu?
    kononnnya iman sebesar jabal thariq, tp masih percaya hal2 khurafat camtu?
    bertaubatlah wahai si tukang komen

    BalasPadam
  7. akhir zaman ni, jgn leka duk berpolitik, kita hayati ler al-quran ngan al hadis, insyaallah ade petunjuk untuk umat akhir zaman

    BalasPadam
  8. Sebab tu Kelantan masih ditangan PAS coz orang UMNO Kelantan sendiri takut dan hormat sgt ngan Nik ajis sampai nak maki nik Ajis pun takut, kata orang UMNO Kelantan nanti busung perut kalau maki Nik Ajis...wakakakak Bodoh nya orang UMNO Kelantan...

    BalasPadam
  9. betulla dah nak berpolitik biar ade ilmu agama....yg ampa ni cam x da blaja ilmu agama jeee stady je lak tulis mende ni....hahhaha...abesss sume rakyat umno klntan busung perut yee...tenginnyeeee.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online