Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS bakal dapat Mursyidul Am baru....
Comments : 3
Aziz Bari mengingatkan PAS, komponen Pakatan Rakyat, agar tidak terlalu syok sendiri sekiranya serius mahu menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.
Justeru kata penganalisis politik itu, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu melakukan lebih banyak transformasi dalam parti.
“Yang kita nak cari dalam PAS ini bukan tok imam tapi panglima, pejuang... sebab itu PAS jangan syok sendiri.
“PAS nak syok sendiri atau mahu kemukakan alternatif kepada rakyat, kalau PAS masih bincang berapa ramai tok lebai nak diletakkan di atas (barisan tertinggi PAS) buat apa? Kalau macam ini PAS belum layak untuk menggantikan Umno?” katanya pada pada forum “Melakar Masa Depan PAS” di sini malam tadi.
Selain itu, beliau juga menegaskan ideologi pimpinan PAS bahawa barisan tertinggi harus dari kalangan golongan ulama perlu dikikis selain bersikap lebih terbuka untuk menerima lebih banyak perubahan dalam parti.
“Dalam PAS ini memang ada yang antiperubahan yang mana mereka nak kekal dengan apa yang ada dan memang ada kumpulan yang gabra dengan perkembangan baru ini.
“Ada yang rasa gelisah bila parti ini buka pintu kepada orang bukan Melayu dan mereka yang gabra ini masih bertanyakan perkara ini,” katanya penganalisis ini yang seringkali memberikan pandangan keras mengenai masa depan PAS. - MalaysianInsider
p/s: Gua tengok sejak akhir-akhir ni, makin galak pulak si Professor kangkong Aziz Bari buat keputusan untuk PAS. Yang herannya, Aziz Bari bukanlah ahli PAS tapi kalut sangat menyibuk pasal PAS..
Ada sahabat bagitau gua, Aziz Bari ni adalah trojan horse Anwar untuk pecah belahkan PAS. Mungkin betul juga sebab banyak pandangan Professor ni side sebelah team Erdogan. Dan macam yang kita semua tau.., team Erdogan tu adalah pengikut kuat Anwar..
So, mungkin Aziz Bari dihantar untuk memastikan PAS dikuasai oleh geng-geng Anwar dimasa akan datang. Dan kalau itu yang terjadi, gua rasa Aziz Bari akan dilantik jadi Mursyidul Am PAS lepas ni.. Mesti best kan sebab kalau jadi Mursyidul Am PAS tu boleh jaga intu syurga....Hahahahaha..
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Dia kena belajar baca Quran dengan KOh meng dulu...... baru boleh.... Kalau tidak dia tak boleh jadi mursyid untuk ampun dosa org. lain........ Bto tak
BalasPadam@KELISA DURI Betul betull betulll... Hahahaha....
BalasPadamhahaha...professor kangkung jd mursyidul HamPAS blh le....
BalasPadam