BREAKING NEWS

Nik Aziz patut jadi contoh semua kaum kecuali bangsa melayu dan umat Islam..


Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh kaum India dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.

Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak kepada rakyat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.

Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam mengakui, kaum India ternyata amat senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.

Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati.

Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk kepentingan rakyat.

"Kepimpinan Nik Aziz sejauh yang dilihat oleh kaum India sendiri ternyata amat baik dan amat jauh berbeza berbanding kepimpinan para pemimpin Umno atau BN," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA), di sini, hari ini.

Menurut Raja Retinam, selain itu, Nik Aziz turut diakui oleh kaum India di Kelantan sebagai pemimpin yang mudah untuk dijumpai kerana tidak banyak protokol yang perlu dilalui untuk menemuinya.

"Malah saya sendiri juga turut mempunyai pengalaman tersendiri dalam hal ini. Untuk berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, saya hanya perlu menulis surat dan selepas itu terus dapat menemuinya.

"Amat jauh berbeza kalau nak jumpa Menteri Besar Kerajaan BN. Amat susah. Malah bukan sahaja nak jumpa MB, nak jumpa exco dari Kerajaan BN pun amat susah," katanya. - HaraMkah




p/s: Betullah tu.., Nik Aziz boleh jadi contoh untuk semua kaum kecuali bangsa melayu dan Islam je.. Di Kelantan, selama 20 tahun lebih dia tadbir, satu masjid pun dia tak bina. Tokong siam tu banyak lahh..

So, memang layak dia dipuja macam Tok Sami siam, tapi Pok Nik tak layak untuk dibanggakan oleh orang Islam sebab tak mampu mendirikan rumah Allah selama berpuluh tahun dia mentadbir sebuah kerajaan...

4 ulasan :

  1. hehehehe ini tulisan dibayar ler..nampak sangat penipunya hehehehe

    BalasPadam
  2. @YB Raz Keling tu dibayar dengan tiket ke syurga broo.. Hahahaha...

    BalasPadam
  3. Semenjak dua menjak ni banyak sangat ajaran sesat semakin menjadi jadi,kepala ajaran sesat seMalaysia Adalah Pas pis puss.wali seliper cabuk kelete.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online