Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Bila si Kitol bersuara.., ada bau longkang lahh...
Comments : 7
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan agak mengejutkan apabila menuntut kerajaan terlebih dahulu berjimat sebelum mengambil langkah kurangkan subsidi untuk rakyat.
Kenyataannya itu senada dengan apa yang sering ditimbulkan oleh pembangkang dan mengejutkan daripada seorang yang terpinggir dalam parti pemerintah.
Khairy mengemukakan satu senarai projek-projek kerajaan yang dianggap membazir dan tidak membawa hasil yang sewajarnya, seperti khidmat negara yang menelan belanja RM560 juta tahun ini.
"Jangan meminta rakyat mengikat perut sebelum (kerajaan sendiri) memendekkan senarai perbelanjaan sendiri," katanya kepada Malaysian Insider, portal berita dikuasai tokoh yang rapat dengan beliau.
Kenyataan Khairy itu dibuat tidak lama selepas harga gula dan petrol RON 97 meningkat dan di tengah-tengah jangkaan kenaikan harga RON 95 dan tarif elektrik.
Kerajaan menyatakan peningkatan harga minyak mentah di pasaran global menyebabkan perbelanjaan subsidi meningkat, dan telah memulakan tindakan mengurangkan subsidi.
Kenyataan Khairy meningkatkan tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang berdepan cabaran mengukuhkan sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Isu kenaikan harga barang keperluan mudah menjadi isu yang menjejaskan sokongan kepada pemerintah dalam pilihan raya, seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lalu pada 2008.
Pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi membenarkan kenaikan mendadak yang tinggi harga bahan bakar semasa pemerintahannya, sehingga mengundang kritikan pemimpin Umno sendiri dan juga bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
p/s: Apasal gua ada terbau longkang bila Pandikutty Jr ni bukak mulut yee..? Gua rasa ada baiknya dia diam je daripada bersuara.
Lagi bagus kalau Kitol ni pergi ikut PERKASA buat demo dari bercakap tak tentu hala yang akhirnya akan merugikan parti. Dulu faktor dia dan Pak Mertua jugak yang buat BN tungging di banyak negeri.
Nama je kelulusan dari Oxford, tapi result pemikiran macam budak PASTI jee..
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
elok gak kalau pemuda UMNO bersuara...sejak anwar jd pemuda umno...sejak itulah zaman pemuda umno agguk2 geleng....
BalasPadam"mungkin semasa kesat2 mata ternampak cahaya seperti kelip2 dipenghujung terowong kot!", maklumlah saingan hebat dari sahabat seperjuangan (komrad) ke Putrajaya dah mula nampak berkurangan, dan bolehlah teruskan agenda tersendiri pulak.
BalasPadammasa pak mertua berkuasa dulu tak pulak tegur bila harga minyak naik mendadak, tak nampak pulak pembaziran yang berlaku. sekarang ni saja baru nampak?
Budak hitam ni elok dok diam jo, kepala hotak bangang pastu nak cerita pasal peningkatan harga minyak, gula, barang pengguna...kepala buto kau la. Woi dulu berlagak nak mampos...sial punya barua berkudis..
BalasPadamsaudara MPP,
BalasPadamadakah pendapat berbeza itu suatu kesalahan dan mesti di hina?
andaikata suatu hari nanti pendapat KJ ini benar, adakah MPP akan menelan semula kata nista itu dan menyokong KJ? atau MPP akan mengambil langkah berterusan memusuhi nya?
Pendapat dan pandangan MPP tidak semestinya benar dan betul bagi semua org.
Pesan saya kpd MPP, jika tidak setuju , tidak perlu hina dia. Mengapa tidak kecam Datuk Zahid Hamidi juga?
si kitol memang ingin tengok UMNO/BN hancur. ibarat duri dalam daging. faham faham la sendiri
BalasPadamkadang kadang betul juga kata si kitol ni..sory tapi kadang kadang betul juga ada sesetengah perkara yang Kerajaan terlepas pandang..
BalasPadammisalnya soal penjawat awam..ramai penjawat awam yang ponteng kerja, ataupun membuat kerja tak seberapa..tetapi tetap mendapat gaji dan elaun setiap bulan.
aku ada ramai kawan yang kerja kerajaan tapi suka memonteng..cuba kira berapa banyak wang dibazirkan untuk diberi kepada orang sebegini..Ini tak termasuk elaun tuntutan yang bukan bukan..
pembelanjaan menteri dan ahli parlimen juga perlu dikira..sepatutnya gaji mereka boleh dipotong berdasarkan kerja mereka yang ntah apa apa ni.
Tak percaya menteri buat kerja ntah apa apa? tengoklah Anwar masa jadi menteri dulu..apa jasa dia? habukpun tak ada. songlap duit lagi adalah..
itu belum campur dengan menteri cakap jangan beli bawang kalau mahal dan janji esok minyak tak naik tapi lusa naik hahahaha.lawak doww menteri malaysia ni..
aku sokong kerajaan tapi ada masa aku hentam juga kalau kerajaan tak betul..aku bukan pencacai semua nak main telan je apa kerajaan cakap hehehehe.
Cuba bagi alternatif lain sikit contohnya beri subsidi kepada yang memerlukan saja. Kalau subsidi bagi kepada semua termasuk pegawai2 gred 41 ke atas teruklah kerajaan. Tu yang sekarang menggagau cari dana. Kan kita dah banci dulu siapa yang miskin dan memerrlukan,arahkanlah Jabatan Kebajikan Msyarakat atau Jab Luar Bandar kenalpasti yang perlu bantuan, berilah kupon ke hape ke nanti pekedai boleh claim kat jabatan tersebut beda harga subsidi. Barulah orang miskin ada pembelaan. Ni tidak, semua orang miskin kaya bagi subsidi, warga asing pun beli harga subsidi, terlingkop le yop. Barulah orang kerajaan ada kerja nak buat.
BalasPadamSatu lagi diperhatikan, ramai gak penjawat awam yang pro pembangkang dan memang strateginya nak malukan kerajaan. Duit dapat, kerja tak buat. Lepas tu bagitau kerajaan semua korup, zalim, salahguna kuasa. Orang macam gini bersarakan saja, ramai lagi graduan yang takde keje yang boleh diasuh untuk kerja dengan lebih baik. Ibarat kata pegawai cenggini ada tak dak serupa saje, menggabihkan boreh jo, kerajaan tanggung malu..