Siapa yang selalu kata Polis tak boleh dipercayai? Sapa yang selalu kata Polis tu jahat dan barua kepada kerajaan?
Bukan ke Anwar Ibrahim dan puak-puak Pakatan selama ni yang hasut rakyat supaya benci pada Polis dalam ceramah-ceramah dorang..?
So, apa yang jadi dalam kes budak pompuan maki Polis ni adalah bukti bahawa Anwar dan Pakatan bawa pengaruh buruk kepada generasi muda..
Gua konfiden, budak pompuan ni mesti anak puak-puak Pakatan yang bertuhankan Anwar. Dah lah buat kesalahan tak ikut undang-undang jalanraya, lepas tu maki Polis pulak bila kena tahan..
Ni semua perangai sapa beb kalau bukan Anwar Ibrahim the great Pandikutty... Dialah punca rosak rasa patuh dan hormat rakyat kepada undang-undang dan juga penguatkuasa...
Macam ni punya orang pun puak-puak PAS dan Pakatan sanjung dan puja? Mangkuk tingkat betul lah dorang tu semua!!
Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.
Laporan Bernama Online menyebut, Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira 1 tengah hari semalam di hadapan LTSM.
Dia dituduh mengeluarkan perkataan “polis bodoh” terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak, yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahn-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.
Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung hitam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Seksyen/Masjistret Rusilah Chik.
Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.
Ketika kejadian itu, tertuduh yang bekerja di sebuah butik di LTSM dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya.
Dia kemudian terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan dan dia diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan.
Tertuduh bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati apabila ditegur tentang kesalahannya itu dan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelar bodoh terhadap anggota polis tersebut. -TMI
ini bukan anwar ajar..ini nik aziz ajar..puak pas jenis kepala batu..sebab tu dia tak pakai helmet kekekeke
BalasPadamSOALNYA KENAPA DAN ADAKAH KEBENARAN DI ATAS KENYATAAN ITU. BUKAN SIAPA YANG KATA. LEBIH PENTING TU APA YANG DI KATA. SAYA NAMPAK TUAN NI NAK MENGAPI API KAN RAKYAT DALAM MASA YANG SAMA NAK BODEK PDRM. TLONGLAH BRO CARI MAKAN CARA LAIN LA.
BalasPadam@Tanpa Nama Apa yang lu meroyan ni bai? Lu overdosed air kaki Pok Nik ke? Hahahahahaha...
BalasPadampolis x buat kerja kene marah, buat kerja lagilah kene marah. susah jadi polis nih, asyik kene maki hamun.
BalasPadam