Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pemimpin Pakatan memang berjasa pada rakyat....
Comments : 0
Setiap kali ceramah Pakatan diadakan, mesti tajuk utama mereka ialah Taib Mahmud mesti berundur kerana sudah lama menjadi Yang Berhormat. Kononnya, lagi lama jadi wakil rakyat, lagi banyaklah YB tersebut akan kaut harta rakyat dan negeri.
Tapi, hanya orang bodoh saja yang terima kata-kata pemimpin-pemimpin Pakatan ini semua. Cuba fikir, siapa yang lebih lama menjadi YB jika dibandingkan pemimpin-pemimpin Pakatan dengan Taib Mahmud di negara ini?
Orang pertama ialah pemimpin utama DAP iaitu Lim Kit Siang. Dia sudah menjadi YB sejak 42 tahun yang lalu. Masyarakat cina di seluruh negara harus tanya kepada bapa kepada Lim Guan Eng ini tentang apa yang disumbangkannya kepada kaum cina di Malaysia. Kawasannya sendiri tak terjaga, tapi masih sibuk nak sibuk pasal kawasan orang.
Yang kedua adalah Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am Parti PAS. Dia sudah memegang gelaran Yang Berhormat sejak 44 tahun dulu. Nik Aziz juga jadi Menteri Besar Kelantan sudah lebih dari 20 tahun. Apakah sumbangan Nik Aziz kepada umat Islam selain dari memecahbelahkan bangsa melayu?
Ketiganya ialah Hadi Awang yang juga sekarang ini menjadi Presiden kepada ahli-ahli parti yang mengaku lebih Islamik dari yang lain iaitu PAS. Hadi sudah menjadi YB selama 29 tahun dan pernah menjadi Menteri Besar negeri Terengganu. Adakah rakyat Terengganu khususnya di kawasan Rusila maju dibawah jasa Hadi?
Yang keempat ialah Presiden DAP, Karpal Singh. Benggali ini sudah memegang gelaran YB selama 37 tahun. Tapi tiada satupun sumbangannya kepada masyarakat Sikh di Malaysia, apatah lagi kepada bangsa dan kaum lain didalam negara. Sungguh menyedihkan.
Yang terakhir ialah manusia yang menjadi pujaan ramai manusia kurang cerdik didalam Pakatan, Anwar Ibrahim. Dia telah menjadi Yang berhormat selama 30 tahun dan menjawat beberapa jawatan penting didalam kabinet kepimpinan negara.
Tetapi sepanjang Anwar menjadi YB di kawasan Permatang Pauh, apakah sumbangan dan jasa-jasa yang Anwar telah lakukan? Di Permatang Pauh masih lagi wujud pelbagai masalah yang meliputi aspek pembangunan dan sosial.
Anwar sendiri tak dapat mengatasi semua ketidak sempurnaan ini, bagaimana dia boleh menuduh Taib Mahmud tak memakmurkan kawasannya di Sarawak? Anwar juga kaya raya dan mempunyai kemewahan walaupun baru 30 tahun jadi YB. Kenapa dia mempertikaikan kekayaan Taib Mahmud yang lebih lama berkhidmat daripadanya?
Mereka-mereka ini telah minta rakyat Sarawak menukar Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud. Ini langsung tak logik kerana rekod Ketua Menteri Sarawak lebih cemerlang berbanding mereka yang berkhidmat di kawasan mereka.
Sepatutnya merekalah yang perlu ditukar oleh rakyat pada pemilihan akan datang. Mereka ini hanya tahu mencari kesalahan orang lain walhal mereka sendiri mempunyai banyak kecacatan.
Ehsan MyKMU
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan