BREAKING NEWS

43% keluar mengundi setakat jam 2:00 pm. Memang persaingan sengit di Sarawak..


Gua baru sampai ke Kuching dari Bintulu dan terus difahamkan bahawa 43% pengundi seluruh Sarawak dah menunaikan kewajipan masing-masing. 1038 pusat mengundi yang kebanyakannya di kawasan rumah panjang, dah ditutup.

Sekarang ni persaingan memang sengit diantara Pakatan dan BN di sini. Untuk pengetahuan korang, secara tak rasminya BN masih mendahului tapi ada banyak jugak kawasan yang memihak kepada PKR.

Banyak rumors yang kata BN akan kehilangan kerusi 2/3, tapi pada pandangan gua, kalau peratusan keluar mengundi tinggi, BN boleh kekalkan penguasaan tapi akan kehilangan kerusi di kawasan bandar.

Untuk korang yang nak tahu pasal kerusi yang PAS bertanding, sekarang ni PAS ketinggalan di kelima-lima kerusi disitu. Balik awallah nampaknya dorang yee...

Apa-apapun kita tunggu saja keputusan dari masa ke semasa.

Gua nak ambik kesempatan mengucapkan takziah kepada petugas jentera pilihan raya PAS di Beting Maro dari Machang, Kelantan, Mohammad Izan Yaakob ,56 tahun yang telah kembali kerahmatullah sebentar tadi di Bilik Gerakan DUN Beting Maro....

Semoga arwah dirahmati Allah.... Al fatihah.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online