BREAKING NEWS

Part kedua ceramah Anwar VS Ummi Hafilda di Kerdau...


Dalam banyak-banyak ceramah Anwar yang gua pergi.., dari utara hinggalah ke selatan negara..., inilah kali pertama gua tengok Anwar Ibrahim berceramah tak sampai pun setengah jam.

Felcra Rumpun Makmur di Kerdau Pahang ni dah jadi saksi yang Anwar sebenarnya terbukti amat takut kat Ummi Hafilda.


Walaupun gua tak berapa dengar apa yang Ummi cakap di ceramah dia sebab gua berada didepan pentas ceramah Anwar, tapi gua dapat tengok muka Anwar yang memang tak senang duduk bila tau Ummi ada dikawasan tu.

Anwar macam kehilangan "magik" dia didepan ratusan penyokong dia semalam. Pidato dia berterabur dan juga caca marba tak macam selalu.


Nampak sangat manusia anugerah tuhan ni sedang menahan rasa nak terkincit dia bila dengar suara Ummi Hafilda yang berapi-api mencabar diseberang jalan.

Memang lawak bai... Dulu Anwar kata Ummi ni nyamuk.., tapi sekarang ni si nyamuk tu lah yang buat Anwar tak senang duduk di PRK Kerdau ni...


Ada tiga nyamuk kat Kerdau ni yang akan hisap semangat Anwar sampai kering.. Pertamanya Ummi Hafilda.., keduanya Rahimi dan ketiganya Rashid si tukang urut Anwar masa dulu..

Habislah lu Anwarrrrr... Hahahahahaha....


Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online