BREAKING NEWS

Papa Gomo memang kuat fitnah laaa...


Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.- HarakahDaily.


p/s: Gomo, lu tak baik oo fitnah wartawan HaraMkah tu beb.. Kesian kat dia tau sebab dia tak bersalah. Lu kena faham.., wartawan tu kata dalam video tu muka macam Anwar, tapi perut je buncit sikit.

Itu bermakna, bahagian perut Anwar tu lah yang di"superimposed"kan oleh puak APCO bak kata Mahpus yang bangang..

Lu kena ingat ye Gomo.., bahagian muka tu memang ori, cuma perut je tak sama. Lu kena faham betul-betul tu.. Hahahahaha...

8 ulasan :

  1. bila dlm denial phase, apa yg ada depan mata akan cuba dinafikan..

    BalasPadam
  2. Sorry bro. Hehehe. Muka sama perut tak sama. Huhuhu

    BalasPadam
  3. @Gomo. Wartawan Harakah tu kenal benor nampaknya dengan perut Anwar yee.. Hehehehe..

    BalasPadam
  4. Apa susah.. Cari n tangkap aje pelakon sebenar dlm klip video tu dan kemudian kita sama2 buat perbandingan..sama ke tidak wajah Anuar dgn pelakon asal... atau pun pelakon asalnya adalah Anuar sajer.

    BalasPadam
  5. sumber daripada wartawan ni la yang anwar guna 'perut dia buncit' aku ingat dato JO...dato Jo citer bab ponggong pulak...bab punai sapa nak komen??

    BalasPadam
  6. alat jadilah situasi... 'lauk ku trlebih masin' heee....

    BalasPadam
  7. Setahu aku la... Dato Chua Jui Meng saje yg ada iras2 muka Anuar... Amacam GOMO?? Ada berani terjah ka??

    BalasPadam
  8. yang hairannya sampai perut buncit dan kempis pun diaorang tahu... apakah memang anwar suka berbogel depan depa ke?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online