BREAKING NEWS

PANAS!! Khalid Ibrahim kata OK "main" dengan pelacur?


“In my opinion, dirty politics is an embarrassment. Give us enough space to do our job because it is for the good of all.

“While politicians must be clean in character, we also must give space to people and we cannot just all the time follow (them) even to the toilet. “There is the personal life and there is the political life,” - Bernama

Kata-kata diatas diucapkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sewaktu bercakap kepada media selepas menghadiri jamuan teh di majlis penghargaan pegawai Jabatan Teknikal Selangor yang dianjurkan oleh SSIC Bhd.

Ketika ditanya mengenai pendedahan isu video panas seorang pemimpin kanan pembangkang, dengan selamba Khalid mengatakan bahawa ianya sesuatu yang peribadi dan tak sepatutnya didedahkan kepada tatapan umum. Ini bermakna, Khalid Ibrahim merestui perbuatan seks luar nikah seperti yang didakwa dalam video tersebut.

Khalid Ibrahim seharusnya tahu, didalam Islam kita disuruh memilih pemimpin dari kalangan mereka yang baik tutur katanya dan juga perilakunya. Mana boleh kita main ikut suka saja didalam nak memilih ketua?

Mungkin didalam Pakatan KPI nya berbeza, tetapi didalam UMNO, pemimpin bukan saja perlu kelihatan bersih, tetapi mestilah bersih dari segala salahlaku moral.

Dengan ucapan yang kononnya mahu membela Ketua Umum Pakatan tersebut, apakah Khalid Ibrahim mahu mengatakan bahawa tak salah untuk seorang ahli politik jika mereka melakukan sesuatu yang tidak bermoral? Tambah-tambah pula ianya didakwa dilakukan oleh seorang ahli politik yang beragama Islam.., apakah ia relevan pada pandangan Menteri Besar Selangor ini?

Persoalannya sekarang, kenapa Khalid tak mengatakan sebegini sewaktu video perlakuan seks Chua Soi Lek tersebar kepada umum? Pada waktu itu, hampir keseluruhan pemimpin Pakatan menghentam Chua Soi Lek dan Barisan Nasional. Malah UMNO juga turut terkena tempiasnya.

Bezanya diantara UMNO dengan parti-parti didalam Pakatan, sewaktu isu seks Chua Soi Lek panas, tiada seorang pun pemimpin UMNO atau Barisan Nasional tampil untuk mempertahankan pemimpin MCA tersebut. Ini berlainan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan yang secara membuta tuli membuat kenyataan biarpun kesahihan video yang dimaksudkan sebagai pemimpin kanan Pakatan itu masih lagi kabur.

Didalam hal ini kita dapat membayangkan, betapa kotornya permainan politik pemimpin pembangkang. Jika ada salah laku moral yang terdedah dikalangan mereka dan kroni, ianya akan segera dibela dan cuba ditutup sesama mereka.

Mereka akan berlakon seolah-olah mereka langsung tak berdosa dan sentiasa menganggap bahawa rakyat Malaysia ini bodoh untuk menilai segala perlakuan dan percakapan mereka.

Khalid mahukan ahli politik diberi ruang untuk melakukan hal-hal peribadi tanpa diganggu oleh rakyat biarpun ianya menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan agama. Apakah Khalid Ibrahim sudah gila?

Dikalangan bukan Islam, isu moral ini sudah menjadi sesuatu yang diluar kebiasaan, apatah lagi untuk dilakukan oleh ahli politik yang beragama Islam.

Dengan berfikiran dan membuat kenyataan sebegini, Khalid Ibrahim bukan saja telah menunjukkan bahawa dia tak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat, malah dia sebenarnya langsung tak layak untuk mengetuai sebuah negeri didalam negara khususnya negara yang dilabelkan negara Islam.


2 ulasan :

  1. Khalid pun 2X5.ada black side on his personal life

    BalasPadam
  2. itulah....bila pemimpin banggang bercakap...sama aje dua kali 5....

    -silvercore

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online