BREAKING NEWS

KANTOI !! Calon UMNO Kerdau ditangkap ketika pegang amoi....


PAS di Kerdau semakin mengarut dan tak tentu arah. Mereka langsung tiada isu bagi meyakinkan masyarakat Kerdau menolak calon dari UMNO/BN.

Isu terbaru yang dicanangkan oleh PAS di Kerdau ini ialah isu Calon UMNO/BN memegang tangan seorang wanita sewaktu upacara menyampaikan sumbangan Program Khidmat Masyarakat PTPTN di DUN Kerdau.

Yang lawaknya, Calon UMNO/BN Syed Ibra bukanlah memegang tangan amoi seksi ataupun perempuan muda.., tetapi Syed Ibra hanya memapah tangan seorang Ah So iaitu nyonya cina tua yang kabur pandangan dan juga kurang upaya.

Malangnya, bagi PAS itu sudah menjadi satu dosa yang amat besar kerana ia melibatkan bukan muhrim. Mungkin bagi kumpulan PAS ini, wanita tua yang berumur hampir 80 tahun ini masih boleh menimbulkan shahwat mereka.

Mulalah mereka mendakwa bahawa Calon UMNO/BN tak faham hukum Islam walaupun berkelulusan dari Al Azhar.

Siapa yang sebenarnya tak faham hukum agama? PAS atau UMNO didalam isu menolong wanita tua yang kurang penglihatan serta kurang upaya ini?

Agak-agaklah kalau nak buat propaganda sekalipun. Isu yang bertaraf tepi jalan sebegini pun PAS masih nak ketengahkan ke? Nampak sangat PAS tertekan sampaikan hilang akal kewarasan mereka.

Mereka ni sebenarnya bukan apa, mereka nak balas dendam pasal isu bukan muhrim ini pernah digunakan terhadap Cikgu Mala di PRK Tenang dulu.

Sebab itulah mereka terus sawan apabila melihatkan Ustaz Syed Ibra menolong wanita tua berumur 80 tahun ini.

Inilah tahap mentaliti jentera dan juga petugas-petugas PAS di PRK Kerdau ini.

Mungkin sebab mereka terlampau didedahkan dengan ubat kuat didalam Harakah, maka sebab itulah mereka tak tahu membezakan antara tua dan muda. Semuanya diibaratkan sama rasa sahaja.

Sumber Ejen 008


p/s: Ish..ishh..ishhh... Tak sangka sungguh yee.. Calon UMNO/BN ni nampak je alim kann.., tapi rupanya suka ambik kesempatan. Kesian kat "amoi" yang kena pegang dengan Ustaz Syed Ibra tu kann...


Tuan Ibrahim kena nasihatkan "amoi" tu supaya buat laporan Polis kerana tangannya telah "dicabul" oleh Syed Ibra..


Mungkin bagi Syed Ibra, perkara ni biasa saja, tapi bagi puak-puak PAS.., semua tu boleh menaikkan nafsu shahwat. Dosa tuuuu.... Hahahahahaha....

3 ulasan :

  1. depa lobai kuat sex ni bukan je ekor serban terjungkit kalau bab xxx ni..apa depa peduli perempuan tua ka...kambing betina kaa..kalau tiang telepon dipakaikan skirtpun depa berenti..mau dibalunnya.

    BalasPadam
  2. Dia orang ni tengok Ah So pon terbayang China Doll.Memang la Ah So ni dulu China Doll . Tapi 60 tahun dulu kot...

    BalasPadam
  3. Dahsyat U. Tak rela I nengok ustaz pegang tangan amoi kann.

    Lebih baik pegang2 I punyer kaan...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online