BREAKING NEWS

Edisi Sarawak: Bukti jelas Pakatan ditolak oleh rakyat Sarawak


Benarkah kata Anwar dan kumpulan Pakatannya bahawa mereka akan menjatuhkan kerajaan pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud jika diadakan Pilihanraya Negeri Sarawak didalam tempoh masa yang terdekat? Yakin benar nampaknya Anwar dengan angan-angannya tersebut biarpun ia kedengaran sama seperti impian 16 September ke Putrajaya sebelum ini.

Apakah yang membuatkan Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan begitu yakin mereka boleh merampas Sarawak? Dari manakah mereka memperolehi maklumat bahawa rakyat Sarawak menyokong mereka? Anwar yang kita kenali adalah seorang yang memang bijak menabur janji. Tak kurang juga dengan kepakaran menipu serta putarbelit semua pemimpin-pemimpin didalam Pakatan pembangkang.

Jadi, kata-kata Anwar yang kononnya mereka akan merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional, tak lebih hanya dari satu lagi projek menipu rakyat yang diusahakan oleh kumpulan pembangkang. Tambah-tambah pula jika satu kajian daripada sebuah badan bebas Merdeka Centre diambil kira bagi melihat sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan yang diketuai oleh Anwar.

Mengikut satu pungutan suara yang dibuat oleh Merdeka Centre dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hanya 11.2 peratus sahaja rakyat Sarawak yang sanggup memberikan undi mereka kepada pihak Pakatan pembangkang di Sarawak jika Pilihanraya Negeri diadakan di negeri tersebut. Ini sekaligus menolak tanggapan kumpulan pembangkang bahawa mereka akan menang mudah dan menguasai Sarawak selepas PRN diadakan.

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online