BREAKING NEWS

Edisi Sarawak: Anwar cuba nafikan jasa-jasa Pehin Seri Taib Mahmud.


Satu nasihat yang paling ikhlas dan jujur buat Anwar Ibrahim berkenaan sentimen politik negeri Sarawak, jangan terlampau mudah memburukkan nama Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Ini kerana, peribadi Ketua Menteri Sarawak itu adalah lebih mulia daripada Anwar sendiri secara realitinya.

Rakyat Sarawak lebih tahu berkenaan peribadi serta perwatakan yang dibawa oleh pemimpin mereka itu. Selama ini, Pehin Sri Taib Mahmud adalah seorang pemimpin yang realistik, memperjuangkan hanya yang terbaik buat rakyat Sarawak dan mengutamakan kepentingan rakyatnya di negeri tersebut.

Di Sarawak, semua suku kaumnya hidup aman dan bersatu padu dibawah pentadbiran Pehin Sri selama 30 tahun. Baik dari suku kaum Penan, Orang Ulu, Melanau, Kelabit, Iban, Bidayuh dan pelbagai lagi, semuanya aman dan tenteram didalam satu negeri tanpa ada sebarang ketidakpuasan hati.

Jadi, kehadiran Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang dengan membawa politik baru berkonsepkan benci serta hina menghina diantara satu sama lain, hanya akan membawa kepada kemusnahan kepada sistem perpaduan rakyat Sarawak itu sendiri. Anwar dilihat sengaja mahu mengimplikasikan politik pecah dan perintah di Sarawak bagi menguasai negeri ini.

Baca selanjutnya DISINI...


Mulai hari ni, blog MPP akan muatkan artikel-artikel menarik yang gua "kopi&pes" berkaitan dengan negeri Sarawak. Kat tepi blog ni pun gua ada letak link untuk blog-blog menarik dari Sarawak..., sudi-sudikanlah jenguk yee...

Ini gua rasa sedikit sebanyak akan membantu kerajaan untuk menjelaskan pada korang pasal isu-isu yang berkait rapat dengan senario politik di bumi kenyalang tu...

So, kita tengok je lah nanti apakah angan-angan Anwar untuk rampas Sarawak akan tercapai.. Inilah saja sumbangan yang gua dan blog MPP dapat bantu buat negeri Sarawak...

3 ulasan :

  1. Pada saya mudah aje, saya adalah warga negara yang memilih pemimpin untuk memimpin dan memaju serta membawa kesejahteraan kepada Malaysia... saya tidak perlu berterima kasih debgan mereka(pemimpin) kerana sebagai sebuah negara demokrasi,rakyat yang memilih pemimpin, pemimpinlah yang mesti mengenang jasa dan berterima kasih kepada rakyat yg memilih mereka. Sebagai balasan dan tanda terima kasih, mereka mesti membawa kesejahteraan dan kemajuan kepada negara ini...sebab itu di negara maju,isu kenang jasa kurang.. buat silap @ orang dah menyampah.. tendang keluar...

    BalasPadam
  2. Salam..................

    Kalau dibandingkan, anwar langsung tidak berjasa kepada negara dan bangsa, apatah lagi kepada Islam....
    Semenjak dari U dahulu, kerja dia sememangnya mencari populariti dan nama, tanyalah kita yang sama sama di U dahulu. Kerja besar yang dia berjaya lakukan ialah memecah-belahkan orang Islam dan Melayu dan mempekenalkan plurism yang memang tidak pernah wujud sebelum anwar.

    Pendapat Saudara M Nasir adalah amat salah sama sekali, sememangnya kita yang memilih pemimpin melalui proses demokrasi (sistem yahudi), maka pemimpin harus berterima kasih kepada pengundi, namun jika salah memilih pemimpin, kesannya adalah terus kepada kita pengundi, tetapi jika kita telah memilih pemimpin daripada kalangan bijak, jujur dan amanah memimpin negara sehingga negara kita miskin dan lemah dan dipandang hina oleh negara maju...menjadi sebuah negara berdaya maju, kuat dan kaya serta sedaya upaya menegakkan Islam melalui kudrat yang terhad (ditindas diugut oleh negara bukan Islam .....ekonomi dll) maka kita WAJIB berterima kasih kepada pemimpin sedemikian kerana jasa mereka membangunkan Malaysia sehingga menjadi sebuah negara yang Kuat dan dihormati oleh DUNIA. Bagaimanapun jasa ini bukan daripada golongan pembangkang PAS, PKR atau DAP...mereka tidak pernah memimpin Malaysia, sedangkan di PP, Selangor dan Kelantanpun huru hara...apatah lagi sebuah negara yang berbilag kaum dan agama

    Kalau saudara M Nasir masih ingat kejadian kapal Malaysia ditawan tentera Israel, apakah saudara tidak pernah terfikir kenapakah Malaysia satu satunya negara didalam Dunia dimana Israel merampas dan kemudian beberapa hari kemudian mengembalikan harta dan rakyat Malaysia dengan selamat.....kenapa ini berlaku sedangkan hampir keseluruhan negara dunia lainnya tidak dipedulikan oleh Israel walaupun ditekan PBB, mengapakah Malaysia sebegitu rupa ditakuti Israel......apakah saudara M Nasir masih belum mengetahui? Nampaknya saudara masih jahil lagi dengan kekuatan negara bernama Malaysia....saudara mungkin sibuk berpolitik atau urusan dunia saudara.....Kalau saudara ingin mengetahui Komando Tentera Malaysia yang digelar PASKAL adalah kedua terbaik dunia selepas USA, Komando Malaysia adalah satu satunya yang boleh menembusi Kapal Tentera USA di Pulau Pinang tanpa dikesan oleh kecanggihan Tentera USA, dimana ianya gagal dilakukan oleh mana-mana tentera dunia yang lain....tidak cukupkah lagi, Malaysia adalah satu satu negara Islam yang amat kuat pengaruhnya di PBB sehinggakan kesemua saranan dan pendapat Malaysia diikuti dan dijadikan tauladan dan satu STANDARD Dunia............masih tidak cukupkah, tentera Malaysia yang terdiri daripada Orang Biasa yang Luar Biasa pernah berperang bersama sama Afganistan menentang Russia suatu ketika dahulu amat digeruni kerana LUARBIASA mereka mengalahkan musuh, dan yang inilah ditakuti oelh Israel kerana mereka tahu tiada senjata apapun boleh mengalahkan tentera ALLAH yang berjuang kerana ALLAH dan sanggup mati untuk mendapat Syahid. Macamana saya ketahui, mudah sahaja sebab saya anak Pasukan Polis Hutan dan berkenalan dengan beberapa sahabat yang pernah ke Afganistan berjuang.........mereka itulah .......RAHSIA...percayalah, Komunis tewas terukpun kerana adanya orang seperti ini didalam Polis/Tentera

    Wassalam
    Semoga Orang Melayu bersatu rapat kerana Islam
    g4umno.blogspot.com

    BalasPadam
  3. zaman sekarang tidak macam dahulu. rakyat dan pemimpin sekarang tidak macam dahulu. dahulu rakyat dan pemimpin pandai cakap boleh buat kerja, jadi sahabat antara satu sama lain.sebab itu wujudnya negara malaysia yang merdeka.

    zaman sekarang ini pandai cakap tapi tak pandai buat kerja, gunakan kuasa kumpul harta untuk sendiri, cari glamour , habiskan duit rakyat, memecahbelahkan rakyat, dan sebagainya.
    rakyat menjadi derita, mangsa.

    rakyat malaysia sekarang sama ada pemimpin ataupun rakyatnya ramai tidak punyai kesedaran yang tinggi, cintakan tanahair, kerana bukan darah mereka yang tumpah untuk membebaskan tanahair ini dari kekejaman penjajah....ia bukan darah mereka...kerana itu rakyat sekarang tiada kesedaran, rakyat sekarang serta pemimpin tiada semangat cintakan negara yang sebenarnya.....yang kita dengar hanyalah ucapan dibibir sahaja....cintakan negara... tapi hakikatnya sama-sama menghancurkan negara ini perlahan-lahan.

    salah siapa ini???
    salah orang luarkah... jika suatu hari malaysia yang terkenal dengan keharmonian ini tinggal kenangan masa akan datang?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online