BREAKING NEWS

Anwar Ibrahim: The Truth Revealed - 6



Part 6 - Anwar mempergunakan Islam

Dulu, penyokong Anwar didalam parti cap keris sentiasa kata kehadiran Anwar ialah untuk mengislamkan UMNO. Dorang kata Anwar tu cukup alim, cukup warak dan berpengetahuan didalam Islam setaraf dengan arwah Fadzil Nor.

Mahathir pulak digambarkan sebagai seorang yang kurang fokus kepada Islam serta lebih sekular. Korang tahu tak kenapa Anwar dilabelkan sebagai seorang yang lebih faham pasal Islam dari Mahathir?

Jawapannya ialah, Anwar adalah bekas pemimpin pelajar yang menerajui Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Selain tu, Anwar juga adalah bekas pemimpin ABIM. Dua perkara ni adalah merupakan lesen besar Anwar untuk mendabik dada bahawa dia adalah pejuang Islam di Malaysia.

Tapi, tahukah korang bahawa yang membentuk imej Islam Anwar ini ialah Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid? Semuanya bermula semasa Anwar belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1960-1966. Waktu tu, Sanusi Junid adalah senior kepada Anwar di Maktab tersebut.

Di Maktab Melayu ni, Anwar dilatih supaya menjadi pemidato Islam oleh Sanusi dan jugak senior-senior Anwar yang lain. Anwar juga dibimbing untuk menampilkan imej warak dan juga Islamik supaya boleh menjadi pelapis pemimpin pelajar di MMKK.

Sepatutnya, semua penyokong Anwar berterima kasih kepada Sanusi Junid yang mendorong Anwar mendekati Islam di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kalau tak.., siapalah Pak Syeikh Nuar tanpa Sanusi Junid... Hahahaha..

So, inilah permulaan Anwar mengenali dunia politik Islam. Semuanya semakin berkembang masa Anwar masuk ke dunia kampus di Universiti Malaya. Disinilah Anwar jadi Pemimpin Pelajar Islam dan juga menjadi Seiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia pada tahun 1972.

Dan pada tahun 1974, Anwar dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua bagi menggantikan Professor Dr Razali Nawawi. Anwar pegang jawatan Presiden ABIM ni sampailah dia masuk ke dalam UMNO pada tahun 1982.

Waktu dalam ABIM, Anwar terkenal sebagai seorang pemimpin pemuda Islam yang paling lantang. Dia dianggap sebagai bakal pemimpin Islam utama dalam negara oleh ahli-ahli PAS pada masa tu. Punyalah taksub ahli-ahli PAS kepada Anwar ni hinggakan dorang menggelar Anwar sebagai "Pemimpin Al Kahfi".

Dan Anwar jugak dianggap pengganti kepada Arwah Ustaz Asri Muda sebagai Presiden PAS kerana dia dianggap mempunyai idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.

Kenapa pulak ahli-ahli PAS boleh taksub kepada Anwar? Kalau korang nak tahu, Anwar dan ABIM pernah membantu Arwah Ustaz Asri Muda dan PAS mempertahankan Kelantan dari UMNO pada Pilihanraya Umum tahun 1978. Pasal ni lah populariti Anwar meningkat dikalangan pengikut-pengikut PAS semua masa tu.

Ada rumors yang kata, Anwar memilih untuk berpolitik secara Islam di kampus pasal dia tak bijak dalam matapelajaran akademik. Kalau difikirkan, betul jugak rumors tu sebab Anwar hanya ambik Jurusan Pengajian Melayu yang dianggap jurusan paling mudah untuk dapat ijazah kepujian.

Walaupun ambik jurusan yang paling mudah, Anwar kantoi jugak untuk dapat Kepujian. Dia cuma dapat Ijazah Am saja. Jadi, taklah hebat sangat tahap intelektual manusia anugerah Tuhan ni yee...

So, sebenarnya tak ada apapun jasa Anwar yang boleh membuatkan dia diangkat sebagai seorang pemimpin Islam hebat. Bagi gua, Anwar tak ada beza langsung dari Nik Aziz yang selalu mempergunakan Islam untuk berpolitik.

Cuma gua respek satu je pada Anwar, dia tak hipokrit dengan berlakon pakai serban serta jubah labuh untuk bagitau orang yang dia tu berimej Islamik. Anwar cuma mempergunakan ayat kitab yang dia hafal supaya orang respek pada dia.

Inilah politik cara Anwar.., dia akan mempergunakan apa saja untuk mendapatkan kuasa dan nama. Siapa yang kurang berfikir, mesti akan terpedaya dengan sikap bermuka-muka Anwar ni. Dan siapa yang tak kuat mental.., mesti meleleh air liur bila dengar Anwar berpidato..

Jadi.., gua nak tanya korang..., betul ke Anwar ni faham pasal Islam? Kalau dia betul-betul pemimpin Al Kahfi macam yang penganut Mahzab PAS kata.., takkanlah dia sanggup "mengerjakan bini orang" dan "meneroka" kawasan belakang jantan?

Yang paling penting, kalau Anwar betul pemimpin bertunjangkan Islam, kenapa dia takut nak bersumpah dihadapan Quran menafikan dakwaan Saiful Bukhari? Ini pun pengikut-pengikut Pakatan tak boleh nak fikir ke? Takkan selamanya dorang nak kena tipu dengan "Pak Syeikh" ni.... ? Hahahahahaha...

2 ulasan :

  1. Selalunya orang kita ni mudah percaya dekat anwar..kan nampak warak..boleh baca ayat quran...boleh bagi nas..kenal ulamak besak-besak. mestilah orang kampong semua percaya dan tambah pulak ahli yang kurang kelayakan akademik lagi mudah percaya dengan anwar. habakla macam mana pun supaya depa ni berfikir..macam tu la dia nanti main wayang dia..Wayang Tinggi Produktion daaaa...orang cerok tok kun dah muakkkkkk dengan pembohongan dia..tak habis-habis dia bedal ayat quran lpeas tu bedal pulak hok lain..aduhhhhhhhhhhh....

    BalasPadam
  2. Masa TDM bawa masuk DSAI kedalam UMNO diawal 80+, ramai yg menentang (termasuk UMNO, PAS dan ABIM), saya terima keputusan TDM dgn fikiran terbuka - mungkin ini akan menyatukan orang Islam/Melayu di Malaysia.

    Tapi saya silap, org Islam/Melayu tidak bersatu selepas bertahun DSAI masuk kabinet. Saya kata sendirian - ada yg tak kena, tapi apa ek ?

    Satelah dipecat dari UMNO/Kabinet, saya ingatkan DSAI akan membawa diri ke Mekah tapi dia mula berucap diplatform DAP - dari hari itu saya kata saya tak boleh terima DSAI ini kerana tak beberapa bulan sebelum itu dia kata 'Hidup Mahathir' dalam Persidangan UMNO dan kini kutuk Mahathir pula.

    Saya tak kata UMNO tu 100% bersih, tapi pemimpin kita mesti mempunyai asas dasar yg konsisten. DSAI bak lalang.

    Mungkin saya silap.

    ALLAH KNOWS BEST.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online