BREAKING NEWS

Anwar Ibrahim: The Truth Revealed -5



Part 5 - Pemecatan Anwar dari UMNO adalah konspirasi?

Pada tahun 1993, Anwar telah mengalahkan arwah Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang baru. Walaupun kemenangan Anwar pada masa tu penuh kontroversi, tapi apa boleh buat.., sapa yang boleh menolak godaan wang ringgit?

Korang kena tau.., di zaman Anwar ni lah politik wang subur dan berleluasa didalam UMNO. Duit menjadi perantara utama untuk membeli kuasa dan mengekalkannya.

Kalau kita tengok kronologi dalam kekalahan arwah Tun Ghafar, pelik bin ajaib bila veteran-veteran UMNO pun menolak beliau dan menjunjung serta memuja Anwar. Ada dua saja persepsi disebalik semua ni..., sama ada dorang nak bodek "anak emas" Tun Mahathir tu, ataupun dorang semua dah terpengaruh dengan "the power of money"...

Tapi bak kata pepatah, sekali air bah.., sekali jugak lah pasir berubah. Macam tu lah yang selalu berlaku dalam UMNO. Gua dah tengok banyak kali sangat benda ni..

Sewaktu Anwar dihadapkan ke lembaga disiplin diatas dakwaan salahguna kuasa dan main bontot jantan, semua yang menyokong Anwar masa dia menewaskan arwah Tun Ghafar berpaling tadah. Darpada 43 anggota MKT, ada laa dua tiga kerat yang cuba nak backing Anwar.

Tapi macam yang gua kata laa..., sapa berani nak argue dengan The Great Mahathir. Antara Anwar dan jugak Tun Mahathir, takkan lah MKT-MKT UMNO ni nak pilih Anwar yang berdepan dengan perlucutan jawatan? Dan dorang semua mana berani ambik risiko hilang pulak jawatan sendiri?

Sebelum mengundi untuk memecat Anwar dari UMNO, Tun Mahathir dah mengingatkan semua yang ada masa tu bahawa dorang diberi amanah dan tanggung jawab berjuta-juta ahli UMNO didalam Malaysia.

So, keputusan memecat Anwar bukanlah mudah, Tun Mahathir terpaksa buat jugak walaupun ia satu keputusan yang amat tak popular. Mungkin bagi Tun, biarlah rakyat dan ahli UMNO marah pada masa tu daripada dorang marah bila tahu dapat Perdana Menteri seorang kaki bontot!

Dan disinilah mulanya cerita dongeng yang menuduh ada konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin mulia dan warak seperti Anwar Ibrahim ni. Tahu tak sapa yang memulakan cerita-cerita bangang ni? Mestilah para juak-juak Anwar yang pernah termakan projek dan tender dari dia.

Dorang ni tuduh Tun Mahathir takut kepada pengaruh Anwar, dengki pada kelebihan Anwar yang berkawan dengan Amerika dan jugak tak suka Anwar lebih popular berbanding dirinya.

Bagi gua, dorang ni sengaja nak tutup cerita yang sebenar iaitu Anwar ada skandal yang membabitkan bini orang dan jugak skandal main bontot jantan. Tapi selama mana juak-juak Anwar ni nak tutup semua tu.., bangkai gajah mana boleh nak tutup beb...

Takkanlah Tun Mahathir yang bertanggung jawab naikkan Anwar, boleh pulak dengkikan populariti Anwar...? Takkanlah Tun Mahathir yang tak takut pada Ketua Polis Amerika, George Bush sr boleh takut kepada anak kelahiran Cherok Tok Kun tu..?

Ni semua tak masuk akal lah baii... Tapi memang Anwar patut kena pecat kalau dia ada habit suka mengendeng dengan bini orang dan jugak main bontot kaum sejenis. Yang ni memang tak ada ampun punya.. Macam mana nak jadi Ketua negara kalau perangai pun macam puaka hutan? Hancur negara nanti beb...

Jadi, mana ada konspirasi? mana ada frame up dan rancangan untuk menjatuhkan Anwar? Semua yang jadi adalah pasal nafsu songsang Anwar sendiri.

Kalau Tun Mahathir yang merupakan seorang great thinker in politics pun boleh percaya dan yakin Anwar main bontot, sapa lah kita ni yang ditahap politik kampung untuk menafikan perangai Anwar?

Tun Mahathir didik dan pimpin Anwar selama 18 tahun didalam sepak terajang politik Malaysia.., mestilah dia lebih tau pasal Anwar dari kita. So, based on track record, sapa yang kita nak percaya? Fikirlah sendiri braderrr... Hahahaha...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online