BREAKING NEWS

Anwar Ibrahim: The Truth Revealed -2


Dengan kuasa, manusia boleh jadi gila. Dengan kuasa jugaklah manusia boleh lupa pada asal usulnya sendiri. Nasib baik gua bukanlah manusia yang berkuasa. Dan gua terlepas lah dari godaan sifat riak dan takbur.

Berlainan dengan Anwar Ibrahim.., selepas 16 tahun dia ada kuasa setelah masuk kedalam parti cap keris, dia semakin lupa yang dia tu berasal dari Ceruk Tok Kun..., tempat jin serta puaka hutan bertendang di hujung pekan Bukit Mertajam Penang.

Selama 16 tahun jugalah Anwar lupa yang kuasa pada manusia tak akan kekal. Sebab tu lah dia meroyan bagai nak rak bila semuanya ditarik balik oleh Allah pada tarikh 2 September 1998.

Gua masih ingat lagi, selepas saja rakyat Malaysia sambut hari merdeka yang ke 41, Anwar pun "dimerdekakan" oleh Tun Mahathir dari semua jawatannya dalam kerajaan. Sapa yang tak mengelupur beb bila hilang semua jawatan besar dalam sekelip mata?

Macam tu lah jugak dengan Anwar.., habis dikerahkan seluruh pengikut dan penyokong dia untuk "berjihad" lawan kerajaan yang pernah bagi dia kuasa dan kemewahan dunia. Habis dijajanya keburukan negara yang pernah berjasa kepada dia.

Paling teruk.., Anwar maki hamun Tun Mahathir yang sebelum ni dia sendiri mengaku sebagai bapak. Tun Mahathir lah yang bawak Anwar masuk ke dalam UMNO, dan Tun Mahathirlah yang Anwar tuduh sebagai perancang konspirasi  menjatuhkan dia.

Bab ni yang gua langsung tak boleh nak fikir. Apa kejadahnya Tun M nak buat konspirasi jatuhkan Anwar? Tapi sekarang ni kita patut bersyukur kerana Anwar tak jadi PM selepas Tun Mahathir.. Kalau tak.., berPM kan peliwatlah kita semua...

Sebelum Anwar kena buang dari barisan kabinet Malaysia, gua dengar dia diberi pilihan untuk berundur secara terhormat. Dan media pada masa tu pun sibuk buat spekulasi yang Anwar akan letak jawatan.

Bukan sekali dua Anwar nafikan kenyataan media tu bai.., tapi tiga kali dia denied kan apa yang dispekulasikan oleh media semasa. Akhirnya..., kecundang jugak manusia anugerah Tuhan ni ditangan kuasa "veto" yang ada pada Tun Mahathir.

Masa tu jangan ceritalah..., Pemuda Permatang Pauh bukan main lagi melompat bila boss dorang kena pecat. Siap naikkan sepanduk kononnya menyokong perjuangan Anwar dari belakang. Macam tahu-tahu je yang Pak Syeikh tu memang suka main belakang... Hahahaha...

Dikalangan Pemuda Permatang Pauh, ada yang frust menungging bila Anwar kena pecat sampai isi borang masuk parti cap bulan. Gua pun nyaris-nyaris buat macam tu.., tapi nasib baik gua masih "dilindungi" dari terjebak ke lembah yang hina...

Untuk pengetahuan korang, hardcore UMNO yang menyokong Anwar selepas dia dipecat di Permatang Pauh ni sebenarnya tak ramai. Masa tu tak sampai pun seratus orang yang terpekik-pekik di bangunan UMNO Permatang Pauh.

Dan suara dorang semua ni tak segagah dan tak semeriah macam masa dorang terima "pink form" projek-projek mega dari khadam-khadam Anwar. Mungkin dorang tau lepas ni dorang dah tak "mahsyukk" lagi kot. Sebab tu lah awal-awal lagi si Rahim Ghaouse lari ke Filipina...

Satu benda lagi yang gua pelik, kenapa Anwar saja yang meroyan macam dunia nak kiamat bila kena pecat? Mat Taib dan Rahim Tamby Chik pun hilang jawatan jugak pasal masalah disiplin, tapi tak pun meroyan macam Anwar...

Kalau korang nak tau, itulah sikap sebenar Anwar. Dia kurang kesabaran dan juga mudah hilang pertimbangan. Akhirnya..., akibat dari hilang kesabaran menahan nafsu melihat bontot jantan..., dan juga hilang pertimbangan bila kuasa dalam tangan..., dia hilang semua jawatan.

Gua ingat lagi Anwar cakap masa mesyuarat di Bangunan UMNO Permatang Pauh dulu..., "if you want to be a leader.., wise is not enough... cunning is mostly needed".

So..., bagi gua, Awar ni memang cerdik..., tapi dia kurang bijak. Sebab tu lah dia kantoi bila main belakang. Betul tak? Hahahahaha....

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online