BREAKING NEWS

Pasal ni lah Nik Aziz tak suka pada Tun M...


Gua memang suka bila Tun Mahathir mengulas jawapan pada puak-puak PAS yang cuba buat konar baring nak cari sokongan melayu.

Jawapan Tun M selalunya sempoi dan bersahaja.., tapi cukup signifikan untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Ini yang buat gua salute pada "the living legend" ni..

Betullah kata Tun M, puak-puak PAS ni mana pernah ikhlas bila buat satu-satu benda. Mesti ada saja maksud tersirat disebalik setiap perkara yang dorang lakukan.

Korang cuba tengok ye.., kalau puak-puak PAS ni buat sembahyang hajat, dorang bukannya ikhlas nak minta petunjuk dari tuhan, tapi dorang sebenarnya nak berpolitik supaya orang percaya kat dorang.

Kalau dorang berdakwah dalam ceramah, dorang bukannya ikhlas nak suruh orang mengenali Islam, tapi dorang sebenarnya nak suruh orang masuk PAS.

Sebab tu lah si Bob Lokman boleh terpedaya ingat jadi ahli PAS tu boleh masuk ke syurga. Padahal parti PAS tu hanyalah parti politik cap ayam yang mempergunakan nama Islam dan imej Islam saja.

Kalau ikut dari segi perlembagaan parti dan juga prinsip dorang, PAS tak ada beza langsung dengan parti melayu lain dalam negara. Tapi PAS kata dorang berbeza pasal dorang ada nama Islam di parti tu..

Lagi satu, pemimpin-pemimpin PAS pakai serban dan jubah kononnya ikut sunnah nabi. Tapi kan.., gua berani gerenti laa kat korang semua..., yang pakai jubah dan serban dalam PAS bukannya ikut sunnah nabi, tapi dorang pakai semua tu semata-mata pasal dorang masuk PAS.

Dorang hafal sikit hadis dan ayat-ayat kitab bukannya sebab dorang nak mendalami Islam, tapi dorang buat macam tu sebab nak berhujah politik dengan orang UMNO dan nak menunjuk sapa lebih terer dalam Islam.

Dan puak-puak tu asyik menuduh orang lain tak cukup Islam bukannya sebab dorang tu lebih arif pasal agama, tapi sebenarnya dorang nak bagitau yang dorang tu ahli PAS.

Bagi dorang, jadi ahli PAS tu adalah satu lesen besar untuk pertikaikan keimanan dan keislaman muslim lain.

So..., kat mana ikhlasnya perjuangan dan jugak hati budi puak-puak PAS ni baii..? Gua rasa, dorang ni banyak main wayang saja laa.. Politik bagi puak-puak bengong ni semua adalah satu agama.

Sebab tu lah kadangkala kita tengok mentaliti dorang ni semua tak berapa nak stabil.. Mungkin itulah balasan Tuhan kepada dorang...


Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini. - Utusan

1 ulasan :

  1. puak2 PAS dah tak mampu berkata ape2 dah..,,..NAnti NIk AZIz ckp kat tun.."semoga tUn dpt HIdayah dari Allah"..,,huhu...tu yg dia boleh kata..,,..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online