BREAKING NEWS

Lawatan Najib ke Turki buat Anwar susah hati...


Rupa-rupanya, lawatan Najib ke Turki dan juga ke beberapa negara Arab dah buat Anwar panas punggung.

Korang bukan tak tahu, selama ni Anwar dok kata negara-negara Arab jadi penyokong kuat dia untuk jadi Perdana menteri ke-7 Malaysia.

Ada satu masa tu, Anwar jugak kata Hartawan dari Arab sanggup bagi dana bernilai 3Trilion kepada negara kalau Anwar jadi PM. Dengar boleh laa.., percaya tu baik jangann...

Tapi bila Najib dah mula menjalinkan hubungan baik dengan "rakan sekutu" Anwar ni, manusia anugerah Tuhan tu mula tak senang duduk.

Ingat tak lagi dulu Anwar ni baik dengan puak-puak Amerika tu? Kat mana-mana ceramah dia selalu kata dia disokong oleh pemimpin-pemimpin utama Amerika.

Dan bila Najib jadi Perdana Menteri, Najib mula fokus kepada hubungan perniagaan dengan Amerika dan jugak baik dengan Obama.

Mula dari saat tu, Amerika tak pandang langsung kat Anwar. So, Anwar pun mula baik pulak dengan negara-negara Arab.

Tapi sekarang ni Najib nampak macam nak kawtim pulak dengan dunia Arab semua. Mungkin Anwar akan sekali lagi hilang sokongan dari pihak di situ nanti akibat dari strategi brilliant Najib.

Jadi, sapa kata Najib tak pandai main politik? Gua rasa selagi Tun Mahathir menjadi penasihat tak rasmi kerajaan, selagi tu lah Anwar akan kena sentiasa check mate dengan Najib.

Dan Anwar pun tak payah lah nak nafi yang dia tu dah mula gelabah biawak dengan apa yang Najib buat. Gua tau dia tengah risau tuu...

Ye lah kann.., lepas ni dia nak nyuruk kat mana pulak kalau Turki pun dah jadi geng Najib? Takkan nak nyuruk di Kedutaan Bangladesh pulak kot? Hahahahaha...



PETALING JAYA, 23 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kisah dengan kunjungan sulung Datuk Seri Najib Razak ke Turki sambil menegaskan perdana menteri tidak akan berjaya dalam mencantas sokongan yang beliau peroleh daripada kerajaan negara-negara Islam.

Ketua Pembangkang itu berkata meskipun Najib berada di Turki, ahli-ahli politik utama negara itu masih menghantar mesej peribadi kepadanya, perkembangan yang membuktikan hubungannya dengan kerajaan negara Eropah itu masih kukuh.

“Saya baru menerima satu mesej... jadi tiada masalah sama sekali,” kata beliau (gambar) pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini petang ini.

Kepimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat mereka hari ini menjelang pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau.

Beberapa penganalisis dan pemerhati politik mendakwa kunjungan sulung Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009 akan memutuskan hubungan peribadi yang dijalin Anwar dengan Turki dan negara-negara Islam yang lain.

Najib juga telah mengunjungi beberapa negara Islam sebelum ini.- MI

3 ulasan :

  1. Salam MPP,
    "Saya baru menerima satu mesej.." haha ayat Anwar yg tak boleh blah sekali.Budak2 kalau takut ckp mcm tu la..adeila..mcm ni punya orang pun ada ka..

    BalasPadam
  2. @sri mersing Wsalam.. Anwar memang tengah takut tu...Hahahaha..

    BalasPadam
  3. hahahahahaha..... ayat yg paling TAK sesuai wkakkakakakakaak.... Btul la mcm Bdak x mcm Pmmpin Lgsung....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online