BREAKING NEWS

PANAS! Pendedahan sebenar pendapatan blogger pro kerajaan...

Klik gambar untuk lebih jelas..

Korang kenal Hatta Wahari tak? Selama ni gua pun tak ambik pot pasal mamat sorang ni. Bagi gua, mamat ni cuma nak cari populariti saja bila dia dok buat perangai meroyan dia..

Jawatan dia pun bukannya hebat sangat. Setakat jadi Presiden Persatuan Wartawan, itu bukannya apa-apa pun dimata gua. Lagipun, gua ni setakat blogger jalanan je kan.. So, tak ada kaitan lah dengan si Hatta ni.

Tapi, bila si mangkuk hayun tu kata blogger pro kerajaan dibayar 5K sebulan sebagai upah untuk menulis blog, itu sudah lebih bai... Itu semua tak betul langsung!

Tak patut betullah si Hatta Wahari ni tipu macam tu. Sebagai sorang Presiden wartawan seMalaysia, dia patutnya cerita perkara yang benar.. Mana boleh main tipu macam ni baii.. Korang baca KAT SINI pendedahan penipuan Hatta pasal pendapatan blogger ni semua..


Untuk pengetahuan korang, blogger pro kerajaan sebenarnya diupah oleh APCO sebanyak 50K sebulan. Itu tak campur lagi dengan elaun perjalanan 2K sebulan, elaun makan 2K, elaun rumah 3K dan juga elaun ranking sebanyak 3K sebulan.

Dan kita orang jugak diberikan BMW X6 sorang sebijik dan juga bungalow 3 tingkat di kawasan Putrajaya yang berharga 2 juta sebijik.

Parpukari dan RBF tak dapat BMW.., tapi dorang dapat kepala lori yang macam dalam filem Transformers tu.. sebabnya, dorang tu kan size XXXL.. Tak muat nak masuk X6 tu.. Hahahahahaha..

Sebulan sekali, kami akan dibawa makan angin untuk release tension di Paris sambil ditemani oleh model-model yang ditempah khas oleh APCO Worldwide. Import khas dari Israel tu baiii... mata hijau tauu..

Dan setiap kali ada PRK, blogger-blogger macam kitaorang ni akan naik Heli untuk cari isu termasuklah ke dalam kawasan Felda ataupun penempatan orang asli. Tak mainlah naik kereta buruk baii..

Inilah fakta sebenar yang Hatta Wahari cuba sembunyikan. Jahat betullah manusia tu kann.. Gua rasa, mesti dia dengki lah tu..

So, dengan pendedahan kisah sebenar taraf hidup blogger-blogger pro kerajaan ni, gua harap korang faham tentang macam mana "mewahnya" kehidupan kami.

"Senang" sungguh jadi blogger penyokong karajaan ni tau.. Semua kebajikan kitaorang dijaga sepenuhnya oleh APCO..

Dan kepada sesapa yang nak jadi blogger pro kerajaan, korang jumpalah Hatta Wahari dan mintaklah borang keahlian kat dia yee..

Gua difahamkan oleh Ehud Barak masa meeting dengan dia bersama semua blogger pro kerajaan minggu lepas, UMNO/BN sekarang ni masih kekurangan blogger.

Kerajaan tak ada blogger pakar terutamanya blogger yang pandai buat fitnah dan jugak yang pandai main isu agama untuk kepentingan politik. So kalau korang rasa korang layak, korang mohonlah cepat-cepat yee..

Korang tak nak ke "dibayar" 50K sebulan dan semua faedah-faedah oleh pihak APCO? Lumayan tu baii.... Hahahahaha... Macam Haram sungguh!!!

22 ulasan :

  1. Engkau ni pelawak numbor satu. Tergelak aku sampai keluar air mata, terkentut-kentut, nasib baik tidak ke tandas.

    Mak oii, best giler.

    mat ell #eekaawordpresscom

    BalasPadam
  2. eeehhh .... aku ni tukang sampuk saja pun dapat RM150k sebulan ... takkan hangpa dapat RM50k saja. Cisss zalim ...zalim ... pendapatan tak sama ni ... takpa .... YB Nurul Izzah kan tengah dok perjuangkan gaji minimum ...kita support dia pulak ... mintak kat APCO gaji minimum .... eerr puak Pakatan tak terlioq ka? Takkan dah dapat baucer penginapan di syurga tajaan N.Ajis Trouble & Tua dah puas hati?

    BalasPadam
  3. Aku pun nak juga bmw x6 tu bro. Nanti aku hantar resume kat Tok Najib ok.. Kahx3

    BalasPadam
  4. @Abu Garcia Aikk.. macam mana lu boleh dapat lebih baii? Lu ni mesti bodek bermati-matian kat Ehud Barak ni kannn.... Hahahahahaha

    BalasPadam
  5. @Blogger picisan Bukan hantar resume kat Najib la baii..., hantar kat Hatta Wahari... Kalau lu hantar kat Najib, lu gerenti tak dapat apa baii.. Hehehehehe...

    BalasPadam
  6. MPP,

    Apa la MPP. Nak dedah tu dedah semuanya la!

    Ko sengaja tak bagi tau 7 Lamborghini multi-warna kat belakang bungalow 10 tingkat ko tu!

    Satu hari satu lamborghini cukup seminggu!

    And jangan lupa private jets yg melambak kat KLIA tu...semua tu bloggers pro-BN punya.

    BalasPadam
  7. bro jom minum petang kat london,gua belanja hehe

    BalasPadam
  8. mim,
    bab lambo jangan dedahlah langgar kontrak apco tu hehe

    BalasPadam
  9. UMA tak heran dengan apa yang bro dapat. UMA nak kecek 2 juta dari Kickdefella. Hussam granti bagi.

    BalasPadam
  10. @M . I . M MIM.., Lamborghini yang 7 bijik tu tak kiralahh... yang tu sumbangan peribadi dari Ehud Barak. Private Jet tu pulak sumbangan dari Obama..., mana boleh campur baii.. Kita kira yang komersial sudah laa... Muahahahahaha...

    BalasPadam
  11. bro sekalian.. kasi alamat rumah banglo @ kondo korang.. tiap ujung minggu aku plan g rompak rumah korang! kayo rayo kan!! mesti ada banyak duit emas intan berlian!!! hahahaha

    BalasPadam
  12. @pisau Apa kelas kita minum petang kat London bro.. Jom kita lepak kat Hollywood dengan Lady Gaga laa... Hahahahaha...

    BalasPadam
  13. Pisau,

    Sorry bro...I kat Italy ni test drive Ferrari terbaru.

    Lepas tu I fly ke Amerika jumpa Obama bincang pasal APCO..kehkehkeh.

    BalasPadam
  14. MPP,

    Ooppss...silap. Terbongkar rahsia. Habis la nanti blogger pembangkang spin pasal Lamborghini & private jet kita hasil dari memblogging ni...kehkehkeh.

    BalasPadam
  15. @pacat Nak alamat yee... Lu mintak je kat Hatta Wahari.. Tapi gua dah upah Bob Lokman jadi guard di banglo gua. So kempunan lah lu nak rompak nanti... Hahahahahaha...

    BalasPadam
  16. @M . I . M Patutlah gua call kat banglo lu tadi, wife lu kata lu outstation.. Tapi dia kata lu pergi Kerdau je baii... Tak sangka pulak lu dah meranjau sampai Italy... Nanti tolong bungkuskan awek Italy untuk gua yee..Hahahahahaha..

    BalasPadam
  17. Cayalah blogger pro-kerajaan.. Sudah melangkaui pendapatan per kapita seperti rakyat Switzerland.. Wakakaka.. Satu lagi lu semua dah kawtim ngan SPRM ker..

    BalasPadam
  18. MPP,

    Bukan Kerdau le... Cerdow. Cerdow tu tempat kat Italy yg I lalu masa test drive Ferrari tadi...kehkehkeh.

    BalasPadam
  19. untung la jd blogger pro kerajaan yg popular.. Gua xdpt pape pun.. Tp ade la ari 2 lee kuan yew bg mazda3 tp gua xamek pn sbb anwar dh bg hummer sbg hadiah gua bg cr kan laki jambu utk die.haha

    BalasPadam
  20. @Wak dOb Anwar bagi lu Hummer ke Wak dob? Best tuuuu.... Hahahaha...

    BalasPadam
  21. hahaha lawak btul aku baca blog bro ..

    terbaik !!!

    tapi hang lupa lagi bro..aku nak tambah ja ..

    setiap bulan blogger pro kerajaan pi meeting di atas Kapal Star Cruise di Penang ....

    BalasPadam
  22. Aku nak juga.... nanti aku ambik borang ngan si hatta tu bai...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online