BREAKING NEWS

YangGambi.., perginya seorang pejuang yang tak didendang.



Takziah dari MPP buat seluruh keluarga arwah blogger Abdul Aziz Baharom 56 tahun ataupun lebih dikenali sebaga blogger YangGambi. Arwah telah kembali kepada Penciptanya pada jam 11.10 malam tadi akibat jangkitan kuman dalam paru paru.

Arwah telah di sahkan meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Gua terasa sangat apabila mendengar berita pemergian YangGambi semalam dari sahabat-sahabat blogger Pahang yang sms gua. Bagi gua, kehilangan blogger hebat seperti YangGambi tak mungkin dapat diganti.

Selain dari idea-idea penulisan bernas didalam blog, arwah juga banyak menyumbangkan penulisan bagi mempertahankan FELDA dari tohmahan pembangkang sejak dulu lagi. Ini yang membuatkan arwah amat gua hormati didalam dunia blog.

Sedikit imbasan kenangan bersama YangGambi, gua mula kenal blogger hebat ini pada awal tahun 2008, iaitu tahun awal gua mula menulis blog sebelum adanya blog MediaPermatangPauh ni.

YangGambi adalah merupakan rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada gua untuk terus menulis dengan komen-komen bernasnya pada setiap artikel yang gua hasilkan.

Dan arwah merupakan antara orang pertama yang tak bersetuju gua berhenti menulis dan menutup blog pertama gua pada tahun lepas.



Walaupun perkenalan gua dengan arwah YangGambi amat singkat di dunia siber, bagi gua arwah adalah seorang yang tabah dan setia kepada perjuangannya. Walaupun arwah agak terkilan kerana langsung tak dibantu oleh pihak yang diperjuangkannya, arwah tetap istiqamah dengan tujuan penulisan blognya.

Inilah satu perkara yang paling gua respek pada arwah yang bagi gua, amat sukar dicari ganti.

Harimau pergi meninggalkan belang. YangGambi pergi meninggalkan jasa kepada agama, bangsa dan juga tanahairnya.

Biarpun jasa arwah dipandang kecil oleh sesetengah pihak, tapi dimata gua ia tetap besar kerana YangGambi telah melakukan apa yang pihak Penerangan UMNO Pahang tak boleh capai didalam dunia maya.

Inilah yang dikatakan Juara yang tak didendang. Inilah juga yang dikatakan pejuang yang tak mengharapkan nama dijulang. Al-fatihah buat arwah. Semoga roh arwah dirahmati Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai.


p/s: Hari ini gua berehat dari menulis bagi menghormati pemergian sahabat gua ini.

2 ulasan :

  1. Al Fatihah...

    Belasungkawa utk arwah di blog Panglima dengan dimuatkan komen tuan puan para bloggers sekelian.

    terasa sangat sedih walau kita tidak pernah bersua di alam nyata.

    moga Allah mengampunkan dosa beliau atas jasanya mempertahankan Alif Ba Ta.

    BalasPadam
  2. Aku kehilangan seorang sahabat juga seorang pejuang..Benar aku takkan dapat pengganti sepertinya..AL-Fatihah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online