BREAKING NEWS

Terima kasih Nik Aziz...., solat hajatmu termakbul...


Dua tiga hari sebelum hari mengundi, ada lebih kurang tiga solat hajat yang dianjurkan oleh puak-puak parti cap bulan di Tenang ni. Yang terakhir sekali ialah Munajat yang dikepalai oleh Nik Aziz sendiri pada pukul 4 pagi di Masjid Jamek Labis.

Solat Hajat dan jugak munajat ni dorang buat untuk memohon Allah bagi kemenangan kepada pihak yang benar semasa pengundian PRK Tenang. So, sekarang ni keputusan semua dah tahu..., BN menang bergaya dengan majoriti undi lebih dari yang dulu.

Gua taknak lah cakap lebih-lebih.., takut nanti riak baii... Tapi gua nak tanya sikitlah pada puak-puak PAS, Tuhan dah makbulkan doa korang dan jugak Tok Guru korang di Tenang. Tuhan dah menangkan pihak yang benar... Hehehehe..

Jadi, sepatutnya puak-puak PAS ni percaya segala takdir dan jugak ketentuan Allah. Tak patutlah dorang meroyan tuduh macam-macam bila dorang kalah kat sini. Bukankah dorang dah mohon dan berdoa minta pertolongan Tuhan?

Puak-puak UMNO/BN pun mintak benda yang sama jugak baii.., Allah itu maha mendengar dan maha berkuasa menentukan segalanya. Qada dan Qadar ni semua kerja Allah baii...

Takkan puak-pauk PAS tak nak percaya kepada Rukun Iman yang enam tuu.. Kan dorang lebih "tulen" islam dari pauk BN. Sepatutnya dorang lah lebih cool... Tak gitu ke?

So, terima kasihlah buat Nik Aziz yang mintak doa untuk kemenangan pihak yang benar di Tenang ni. Sekarang ni terbuktilah BN dipihak yang benar. Redha lah dengan apa yang terjadi yee... Hehehehe...

12 ulasan :

  1. hujan lebat dan banjir diTENANG kerana ALLAH mahu mencuci segala kekotoran dan kemungkaran yang dilakukan olih pas sepanjang kempen pilihanraya.
    inilah dia pembalasan dari ALLAH terhadap orang yang suka mempersendakan hukum yang telah ALLAH tetapkan.

    pembalasan terhadap sikap munafik NIZAR ....

    BalasPadam
  2. Huh, lapan dada UMA membaca alasan di atas. OKlah...kalau gitu UMA juga setujulah yang nik ajis tolong doakan kejayaan parti UMA.

    UMA bukan apa, nik ajis dah mendakwa boleh berkata kata dengan Allah. UMA takut nanti dia marah kepada Allah kerana tak dengar suruhan dia. Dah banyak sangat dia menyuruh Allah buat kerja untuk dia. Nauzubillahiminzalik....

    BalasPadam
  3. OKlah, doa dia agar Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar dahpun dimakbulkan. Nampaknya, orang-orang Islam yang tak sokong mahzab politik ajaran PAS dan digelar PAS sebagai jahiliah ternyata dipihak yang benar. Jika begitu, PAS dipihak yang apa?

    BalasPadam
  4. Tahniah juga kepada pengundi2 Tenang,walaupun hujan mereka sunggup menpertahankan maruah BN, aku terharu melihat sifat juang dan taat pengundi2 BN di Tenang..mereka dah buktikan...percayalah kepada kata2 ni.."Yang benar akan datang dan yang batil akan pergi"

    Tahniah sekali lagi..kepada pengundi Tenang

    BalasPadam
  5. Stupid Nik Aziz, cry like a baby. Dia ingat ni perang Ahzab ka? Dia ingat ni Perang Salib ka? Apalah bodoh sangat si tua bangka ni - yang nyawanya pun tinggal hanya beberapa hari, minggu, bulan, kalau tak tahun. Ini hanya pilihanraya kecil lah, cuma nak pilih wakil ADUN, itu sahaja. Memang otak kaum PR ni terlalu kecil macam otak kuman.

    BalasPadam
  6. YA ALLAH AKU PANJATKAN KESYUKURAN KEPADA MU YA ALLAH KERANA DENGAN LIMPAH IZIN DAN KURNIA MU UMNO DAN BN TELAH DIBERIKAN KEMENANGAN YANG BESAR.....DAN TERNYATA PERJUANGAN UMNO ADALAH PERJUANGAN YANG DIRESTU OLEH MU..PERJUANGAN SEBENAR DALAM MEMARTABATKAN ISLAM DI MUKA BUMI BERTUAH INI,YA ALLAH KAU TELAH MEMBUKA PINTU HATI DAN HIJAB DI HATI PENGUNDI AGAR MENOLAK PERJUANGAN YANG SIA-SIA DAN SEBALIKNYA MENERIMA PERJUANGAN YANG SELARI DENGAN TUNTUTAN MU YA ALLAH......YA ALLAH AKU BERMOHON PADA MU YA ALLAH AGAR SELEPAS INI UMNO AKAN MEMPEROLEHI KEMENANGAN YANG LEBIH BESAR....SESUNGGUHNYA UMNO KESEORANGAN YA ALLAH DALAM MENGANGKAT MARTABAT DAN DARJAT AGAMA MU YA ALLAH...UMNO DIGEMPUR,UMNO DIPERLEKEH DAN UMNO DIHINA,DIFATWAKAN MALAH DI DOAKAN AGAR MUSNAH DAN HANCUR OLEH INSAN SEAGAMA.....TETAPI KAU MAHA KAYA YA ALLAH,KAU TIDAK MENGIZINKAN SEMUA ITU BERLAKU YA ALLAH....SEBALIKNYA UMNO TELAH DIBERI KEKUATAN UNTUK BANGKIT BAGI BERJUANG DAN BERJUANG DEMI AGAMA DAN BANGSA KAMI YA ALLAH.....YA ALLAH UMNO ADALAH MARUAH KAMI,UMNO ADALAH TONGGAK KAMI YA ALLAH....SEANDAINYA UMNO BERKUBUR SUDAH TIADA LAGI TEMPAT UNTUK KAMI MENGADU DAN TIADA LAGI PIHAK YANG BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MENJAGA KESUCIAN AGAMA MU YA ALLAH....YA ALLAH KAU MAHA KAYA DAN KAU MAHA MENDENGAR ....KAMI PANJAT KAN KESYUKURAN PADA MU YA ALLAH KERANA MASIH MENGIZINKAN UMNO TERUS GAH DI BUMI BERTUAH INI.....YA ALLAH KAMI JUGA MEMOHON PADA MU AGAR KUATKAN PERPADUAN DI KALANGAN KAMI DAN SELURUH UMMAH ISLAM DI NEGARA INI,YA ALLAH SATUKAN LAH HATI-HATI ANTARA KAMI TANPA MENGIRA IDEOLOGI DAN KEPARTIAN KERANA SESUNGGUHNYA SUDAH LAMA SILATULRAHIM UMMAH MU DI SINI LONGGAR DAN GOYAH, KAMI TERAMAT RINDUKAN SALAM PERSAUDARAAN ANTARA KAMI BERTAUT KEMBALI,KERANA ITU LAH SEBAHGIAN DARIPADA NIKMAT MU YA ALLAH......YA ALLAH KAU PELIHARA LAH AGAMA MU DI BUMI BERTUAH INI UNTUK SELAMANYA........AMIN..AMIN YA RABA ALAMIN..........


    abe zul KELATE.

    BalasPadam
  7. AYO,YO DOA POK NIK TAK JADI LA,ITULAH SUKA SANGAT MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG LAIN,AKU DENGAR CERITA DOA DIA TERSANGKUT DEKAT AWAN TAK SAMPAI KE LANGIT SEBAB MALAIKAT TAK BAGI NAIK BUSOK SANGAT NANTI TERGANGGU KEDAMAIAN DI SANA.DAN DOA YANG TERSANGKUT TU BETUL-BETUL BERADA DI KELANTAN DI BAWA ANGIN DAN MENUNGGU MASA NAK GUGUR SEBAGAI MALAPETAKA KEPADA UMMAH PAS DI SANA,MUNGKIN DOA NI AKAN GUGUR SEBAGAIMANA BOM BERANGKAI YANG DIGUNA REGIM YAHUDI DAN AKAN MENGAKIBATKAN UMMAH PAS KELAM KABUT PADA PRU KE 13 NANTI.KALAULAH KITA DAPAT MELIHAT SECARA ZAHIR DOA-DOA ITU MUNGKIN IANYA HITAM UMPAMA AWAN YANG MEMBAWA HUJAN DAN KALAU TURUN NANTI AKAN TENGGELAMLAH BAHTERA PAS.ITULAH YANG BAKAL TERJADI ANGKARA DOA JAHAT PAS DAN PASTI AKAN MENGENA MEREKA SENDIRI....KITA TUNGGU MASA DAN KETIKANYA. ka.kah.kah

    BalasPadam
  8. aduh abe zul,

    syahdu sungguh doa abe!

    bergenang airmata ambo meneliti tiap patah kata dlm doa abe...

    terima kasih abe!

    SYUKUR ALHAMDULILLAH, DOA KITA SEMUA DIMAKBULKAN JUA...AMEEEN.

    BalasPadam
  9. kesian org tua tu. datang dari jauh. jenis sorga yg dia bawak x laku pulak tu... :-(

    BalasPadam
  10. NIK AZIZ PERLU BERTAUBAT!!!!!

    BalasPadam
  11. doa itu adalah rahmat

    layarilah www.freemalaysiakini.com

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online