BREAKING NEWS

Khalid oiiii....Sultan tak suka...Allah lagi lah tak suka...



Korang cuba bayangkan, seminggu lebih puak-puak Pakatan dok sibuk bising pasal perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor, tapi akhirnya dia tetap dilantik untuk jawatan tu.

Ini tandanya apa? Ini tandanya Allah dah tentukan nasib Khusrin untuk jawatan SUK Selangor pada tahun 2011 ni. So kenapa pulak ada yang kata "kami tak rela dengan keputusan perlantikan Khusrin"?

Baii...,gua tengok boleh dikatakan semua gerombolan Pakatan tak terima kenyataan bahawa Khusrin ditakdirkan untuk jawatan SUK dinegeri Khalid Gagap. Termasuklah yang berserban dan berjubah dalam parti bulan.

Kalau lah boleh gua tanya pada pemimpin puak-puak Pakatan ni semua, gua nak tanya satu soalan saja pada mangkee yang beragama Islam ni.., Lu orang semua tau rukun iman tak?

Apa perkara yang keenam pada rukun iman? Jangan lu cakap tak tau pulak sedangkan lu semua berlagak macam warak mengalahkan para ulamak muktabar.

Kalau lu percaya pada rukun iman yang keenam tu, mesti lu semua boleh terima perlantikan Khusrin dengan hati yang terbuka. Macam jugak BN terima kekalahan teruk dorang pada PRU 12 dulu.

Lu semua bercakap macam bagus konon lebih alim dan jugak lebih Islam. Lu percaya syurga dan neraka tu mak bapak puak lu yang punya. Jadi kenapa lu tak mau percaya yang nasib, jodoh ataupun ajal Khusrin tu Allah yang punya?

Takkan dah tua bangka nak mampos pun benda basic agama ni nak kena ajar kat lu semua jugak baii..? Dalam kitab tok guru korang tak ajar benda ni ke?

Gua benci betul bila ada manusia beragama Islam tapi taknak percaya pada takdir Allah. Lu semua jadi pemimpin tu pun kerja Allah jugak, UMNO jadi pemerintah pun kerja Allah jugak dan Rais kena tuduh rogol maid dia pun ditakdirkan oleh Allah jugak.. so apa yang tak mau terimanya? Lu semua ni bangang ke apa?

Sultan pun dah bertitah bahawa baginda tak suka permainan politik puak-puak Pakatan ni di Selangor. Allah mestilah lagi tak suka sebab ada banghal menyerupai manusia beragamakan politik yang tak percaya qada' dan qadar Dia.

Sampai bila la puak-puak Pakatan nak jadi macam ni? Khusrin dah selamat jadi SUK dengan SAH, tapi dorang ni masih tak berubah-ubah. Macam ni ke nak kekal jadi pemimpin? Diri sendiri pun tak terpimpin, ada hati nak jadi pemimpin. Boleh blah laa...

1 ulasan :

  1. Allah bertambah-tambah murka kepada Umarak-Umarak yang gagal memimpin sekelian rakyatnya kejalan kebenaran dan keadilan.Allahuakbar.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online