Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Dua blog pro BN jadi senjata puak Pakatan didalam isu rogol amah.
Comments : 5
Badrul Hisham Shaharin atau lebih popular dengan gelaran CheguBard, hari ni membuat laporan Polis keatas satu kes bibik Indon yang dikatakan dirogol oleh sorang Pak Menteri.
Tujuan laporan ni dibuat ialah untuk mendesak pihak Polis menjalankan siasatan keatas dakwaan tersebut berdasarkan dua pendedahan blog pro Kerajaan, Rockybru.com dan bigdogdotcom.wordpress.com.
Gua tau dua blog ni memang pro kerajaan dari dulu, malah dorang ni memang selalu ikut setiap majlis kerajaan dan banyak menerima faedah yang diberikan oleh kerajaan. Setakat dinner dengan pemimpin tu, biasalah bagi group dorang ni.
Gua pun pernah lepak dengan dorang ni, tapi dorang bukan kenal gua pun sebab dorang tu blogger elit. Dah tentu kawan dengan golongan elit saja baii. Gua blogger marhaen cap 3 ekor ayam saja. Jauh panggang dari api tuu..
Tapi didalam prinsip wala' melampau macam yang diamalkan oleh puak perut hijau, Gua sokong lah kalau ada kesalahan Pak Menteri seperti kesalahan merogol ni didedahkan. Tapii..., biarlah ada bukti dan juga mengikut saluran yang betul.
Sekarang ni lu dalam "perang" baii. Kalau dalam perang lu sengaja dedahkan maklumat didalam kem sendiri, itu bermakna lu memang bangang lah. Tak kiralah lu pangkat apapun.., sarjan ke, ketua platun ke, datuk ke..., tapi lu tetap kena jaga rahsia sebagai sebahagian dari kumpulan.
Kalau lu tak puas hati didalam satu-satu hal, ataupun lu tahu pasal salahlaku orang atasan lu, kenapa lu tak pergi saja mengadap lu punya superior? Lu kan ada akses ni. Takkan masa lu nak projek atau lu nak hantar proposal saja lu boleh pegi jumpa?
Lainlah macam gua yang setakat askar wataniah je ni baii...Pak menteri selisih dengan gua pun dorang tak sedar. Kalau gua tegur pun confirm dorang buat-buat tak tahu. Maklumlah, gua lambat lagi nak jadi datuk. Hahahaha.
Ini yang gua respek kat puak parti cap bulan, dorang langsung takkan bersuara atau dedahkan apa saja pasal pemimpin atasan dorang selagi dorang duduk didalam parti tu. Pil wala' yang dorang telan memang power lahh. Najib kena belajar formula pil wala' ni kat Nik Aziz.
Walaupun gua tak setuju dengan wala' melampau dalam PAS ni..., tapi bagus jugak untuk parti dorang sebab orang takkan tahu kalau pemimpin dorang buat salah. Dan kita terpaksa korek dan cari betul-betul untuk dapatkan segala penyelewengan dorang.
Lain halnya dengan kem parti cap keris, kadang-kadang tu pasal duit saja pun dorang sanggup berperangai bangkai hentam kawan-kawan sendiri. Keji sungguh!
Jadi, gua sebagai blogger yang bertaraf cikai ni harap blogger-blogger elit disana tu berfikir guna kepala otak, bukannya kepala lutut bila nak cari publisiti. Gua tau dorang bukan baca pun blog gua tapi sekurang-kurangnya ini adalah pendirian gua.
Lu yang elit-elit ni bukan saja menyusahkan kawan-kawan blogger yang hentam pembangkang baiii..., tapi lu jugak menyusahkan Najib kerana terpaksa memikirkan pasal benda ni.
Tengok, sekarang ni blog lu dah dijadikan modal untuk puak Pakatan hentam kerajaan. Ini lah yang dikatakan senjata makan tuan! Lu orang ni nak menang ke idak haaa???
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
elit mengelit..
BalasPadamkalau membelit.. siap dililit
@IPOH MALAY Elit yang membelit..hahaha..sempoii...
BalasPadamBro kitakan dlm team bola.Ada pulak yg tendang gol sendiri.Pulak tu yg tendang gol sendiri pro punya players.Aku setuju sgt dgn hang bro kita defend yg cap ayam kampong ni penatlah dok cover pas tu team sebelah lak asyik main kasar jer.oklah bro nanti bla aku blik sg petani aku tel hang.
BalasPadamBro, aku dah tekad dah, kalu rais merogol, biar dia duduk sg buloh tu. AKu org UMNO/BN tak mo dgn pemimpin jenis ni tapi kalu dia tak ada kes lepas polis siasat, aku pecaya dgn polis tapi aku caya ada gak kaum akan kata polis korup.Hal rock bru ni, eh betul ke dia buat pendedahan ni sebab masyuk? adalah aku dengar citer dia kena bayar oleh kaum yg tak dapat projek sebab rais kata kerajaan kena study dulu. Member aku gak cakap rocky bru ni gi indon dua tiga kali dengan sponsor dia ni lah. Cuba pasang2 telinga, mana tau kok2 betul plak.
BalasPadam@Anselmo Sabar bro..sikit masa lagi akan ada pendedahan besar-besaran pasal isu Rais dengan Rocky ni.. Gua baru dapat info tadi tapi gua tak campur sebabnya gua bukan dari gerombolan blogger elit.
BalasPadamKorang tunggu je lah blogger2 elit lain dedahkan yee.. Hahahaha...