BREAKING NEWS

Bila Ronnie bersuara.., PAS hanya mampu genggam telor.


Wakil DAP kesayangan PAS di Selangor, Ronnie Liu dah suruh pihak MPSJ tarik balik larangan untuk orang Islam berkerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

Maknanya, lepas ni orang Islam boleh berkerja di tempat yang jual arak tanpa sebarang halangan dan jugak dikenakan sebarang tindakan. Alasan Ronnie Liu.., siapa nak tanggung hidup pekerja Islam ni kalau dorang tak dibenarkan kerja di tempat tersebut? Bijak..bijakkk..

Yang paling sadis, gua tengok tak ada sorang pun pemimpin PAS yang buat kenyataan pasal isu ni. Mungkin dorang setuju kot dengan Ustaz Ronnie. Maklumlah, dorang kan dah telan pil wala' kepada DAP.

Dulu pun Ronnie dah marah pasal PAS suruh tarik balik larangan jual arak di kedai 24jam. Sampai terkincit-kincit Hasan Ali kena hentam dengan cina DAP ni sebab suka-suka buat tindakan tu. Gua rasa Hasan Ali dah tobat takkan buat lagi depan Ronnie.

Sebab tu lah bila isu orang Islam boleh kerja di tempat jual arak dipertahankan oleh Ronnie sekarang ni, sekor pun pemimpin PAS tak berani bersuara. Semua pakat genggam telor dan tengok saja..

Kerajaan negeri Selangor hari ini mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menarik balik garis panduannya yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras, selepas didedahkan oleh Komunitkini.

Exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu (kiri) mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya. - MalaysiaKini

Korang tengok, PAS ni cakap saja lebih nak hapuskan penjualan arak lah kononnya. Tapi setakat bercakap sajalah, buatnya tak berani pun bila dapat kuasa. Sama saja dengan parti cap keris tu. 2x5.

Kalau korang ingat lagi masa lawatan Khalid Samad ke kilang Carlsberg tak berapa lama dulu. Dia sendiri mengaku ada ramai pekerja Islam didalam kilang air kencing setan tu, tapi apa yang dia buat baii? Setakat cakap je lah kannn..

Paling kuat pun.., Khalid dan PAS salahkan Najib dan parti cap keris. Tak payah nak salahkan kerajaan Najib.., kan selama ni puak PAS kata kerajaan Najib ni tak Islamik dan tak ikut ajaran Islam sebenar.

So, PAS lah yang sepatutnya tunjuk teladan yang lagi baik kepada rakyat. Nak salahkan orang senang baii...tapi nak buat sendiri bukannya senang woo..

Tapikan..., gua tengok wakil-wakil PAS lagi penakut dan kecut telor bila berhadapan dengan puak-puak cina kiasu DAP ni. Macam mana dorang nak tegakan Islam kalau takut dengan puak kafir?

Sekurang-kurangnya, kerajaan Najib boleh control cina MCA dan jugak india MIC. Tapi korang tengoklah sendiri macam mana wakil PAS terketar-ketar bila kena sergah sikit dengan cina DAP.

Jadi, kalau satu hari nanti Mat Bontot jadi PM, Apek Lim KS jadi TPM..., korang ingat PAS berani angkat muka ke dalam negara ni baii...?

Gua berani jamin keadaan dorang semua masa tu lebih teruk dari "ayam berak kapur".

5 ulasan :

  1. belum lagi cerita nak tutup kilang arak mcm dijanjikan...nak keluarkan kertas sekpg A4 bagi jgn org islam jgn dok pegi keja kat pub pun dah kantoi...memang pemimin pas selangor dan org pas ini kira hampaasss..
    Cakap mcm bewak..ingat bewak lagi ok !krgx2 bewak tak pandai cakap cuma pandai bertindak je,

    Hassan Ali..suka hati kau lah ..buat apa je yg patut..asal jgn esok kena makan sumpah dah...

    BalasPadam
  2. pemimpin pas bila bercakap dapat A+++ tapi nak laksana apa yg dia cakap dapat E---- . nasib baik cakap tak kena bayar, kalu bayar, muflis pemimpin pas.

    BalasPadam
  3. TU PUN KLU DATO HASSAN ADE SEPASANG TELOW LA KEHKEHKEH

    BalasPadam
  4. cerita pelik bin ajaib: Masa berkempen dahulu."Tuan tuan calon lah... saya.... nanti bila kita dapat bentuk kerajaan esuk lusanya kita tutup semua kilang kilang arak,judi ..blaa ....blaa " dan di akhiri dengan tepukkan seperti guruh gegeap gempita bunyinya dengan laungan Takebeer!!!!tapiiiiiiii sayang sejuta sayang buah hati kekasih orang melopong terjadai menjadi balacai dapig seperti kerang busuk.Jangan salah ibu menggandung kalu pernah pangkah Dapig.

    BalasPadam
  5. PAS ni senang citer parti xde telur.. duk cite halal haram,ceramah dan kuliah 24/7...

    tapi HABUK TARAK ... cam bewak peliharaan!!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online