Marah benar puak-puak PAS bila ada seorang penceramah jemputan mengeluarkan kenyataan "Tok Guru Gilo" didalam satu ceramah di Jerteh Terengganu.
Malah, mereka mengugut akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penceramah terbabit jika tidak memohon maaf didalam tempoh 24jam.
PAS Besut yang diwakili oleh Yang Dipertua nya, Wan Azhar Wan Ahmad mengecam keras penceramah terbabit kerana bersikap biadap kepada Mursyidul Am PAS tersebut dengan menggelarnya sebagai gila.
Agaknya Wan Azhar serta pengikut PAS Besut lupa perangai pemimpin-pemimpin PAS yang selalu bersikap biadap terhadap pemimpin kerajaan yang lain.
Bukan sahaja gelaran gila, bermacam-macam lagi tuduhan yang dibuat oleh pemimpin serta pengikut PAS terhadap UMNO/BN. Malah ada pemimpin kerajaan dituduh sebagai pembunuh oleh pemimpin Pakatan tanpa sebarang bukti.
Dan kalau nak diikutkan, Nik Aziz juga selalu menuduh serta menggelar orang lain dengan gelaran-gelaran yang tak sepatutnya. Jadi apa nak heran kalau orang lain pun tak hormat padanya.
Apakah hanya kerana Nik Aziz bertaraf "wali" serta dianggap "semulia nabi" oleh semua pengikut PAS, maka tiada siapapun boleh mengutuk orang tua tersebut? Tetapi, jika dia maki hamun pihak lain, halal pulak yee....
Bijakk...bijakkkkk...
KUALA LUMPUR, 4 Okt – PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran ceramah “DAP Anti Islam” Jumaat lalu yang mengaibkan Mursyidul Am PAS itu.
Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya terpaksa membuat desakan itu setelah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan penceramah jemputan, Abdullah Sa'amah yang didakwa memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dengan “kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis”.
Wan Azhar berkata penceramah jemputan tersebut dikatakan telah melabelkan Nik Aziz “sebagai Tok Guru Gilo”.
“PAS Besut yakin situasi ini tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mengheret dan mewarnai emosi dan pemikiran penceramah tersebut ke arah mewujudkan satu bentuk ketegangan yang boleh menjurus kepada isu keagamaan dan perkauman,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi.
Sehubungan itu, PAS Besut memberi tempoh sehingga 12.30 tengah esok kepada Umno Besut memohon maaf. - MalaysianInsider




