Hebat betul veteran UMNO di Gua Musang ni. Semua pimpinan PAS kecut telor apabila TS Muhyidin mengumumkan nama Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya di DUN N45 Galas.
Cuba bayangkan, Nik Aziz yang selalunya dijadikan sebagai "senjata akhir" didalam setiap pilihanraya kecil, telah berkempen awal-awal lagi untuk memastikan Ku Li tak menerima jawatan tersebut.
Malah ramai juga pemimpin PAS Kelantan yang membuat kenyataan berkenaan dengan perlantikan Ku Li ini.
Hari ini, tiba giliran Mahfuz pula. Mahfuz seperti biasa dengan lagak klasiknya berkata dia amat yakin Ku Li akan menolak tawaran dari UMNO Kelantan dan Pusat.
Disamping itu, Mahfuz juga memuji-muji dan membodek Ku Li yang disifatkannya sebagai seorang yang mempunyai prisip perjuangan terutamanya didalam isu royalti minyak.
Disini, nampak jelas mengapa semua pemimpin PAS Kelantan takut kepada Ku Li. Pengetahuan Ku Li tentang hal royalti minyak negeri tersebut pasti akan menutup terus peluang PAS menjadikannya sebagai bahan kempen.
Selain itu, PAS tak akan dapat menyerang peribadi Ku Li di N45 Galas kerana mereka terhutang budi kepada beliau sebelum ini didalam isu royalti minyak juga.
Kesimpulannya, PAS Kelantan dan Pusat takut kepada Ku Li hanya kerana satu perkara, royalti minyak!
Dan yakinlah.., tanpa isu royalti ini untuk dijadikan bahan kempen PAS di DUN N45 Galas nanti, mereka pasti akan tumbang teruk ditangan Ku Li dan juga UMNO/BN.
GOMBAK, 4 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menerima keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas.
Mahfuz menegaskan, veteran Umno itu terkenal sebagai seorang berpegang teguh pada prinsip perjuangan menegakkan keyakinannya dalam banyak isu yang timbul khusus di Kelantan terutama royalti minyak.
"Beliau sudah pasti tidak akan mahu galas biawak hidup," tegasnya merujuk kepada reputasi Umno yang sudah sekian lama dicemari dengan segala macam rekod buruk yang semakin bertambah dalam kiraan jam.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu ditemui dalam Majlis Terbuka Aidil Fitri PAS Pusat 1431H yang diadakan di Taman Berjaya, bersebelahan Taman Melewar, dekat sini semalam. - HarakahDaily
Catat Ulasan