BREAKING NEWS

Kafir dipuja dan didoa, sesama Islam disaman dan dicerca...



Pelik sungguh perangai ostad-ostad PAS ini. Perbuatan kurafat yang memuja dan mendoakan kafir didalam khutbah kedua Jumaat dianggap tak salah, tetapi yang menegur perbuatan bidaah mereka ini pulak yang disalahkan.

Ternyata dunia sudah makin hampir menuju ke akhir zaman. Kini ramai individu yang berlagak dan berpakaian seperti orang alim namun sebenarnya dia hanya mencari rezeki dengan "menjual ayat-ayat Allah". Itulah yang berlaku didalam PAS kini.

Rasulullah SAW pernah bersabda.., maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu (di atas dunia) dengan mengangkatnya. Sebaliknya, Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama. Lalu manusia melantik si jahil sebagai ketua mereka, kemudian ditanya soalan kepada si jahil. Maka si jahil mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, maka dia telah sesat lagi menyesatkan." (hadis riwayat al-Bukhari).

Zakaria Ahmad, khatib yang dikaitkan dengan isu khutbah Pulau Pinang bulan lalu berkata, beliau sudah mengambil keputusan muktamad untuk memfailkan saman fitnah terhadap dua akhbar harian dan seorang pemimpin Umno negeri itu selepas sambutan Aidilfitri.

“Saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman fitnah selepas pihak-pihak terbabit enggan memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang khatib,” kata Zakaria

“Mula-mula saya memberi mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak betul tentang diri saya selama dua hari untuk mohon maaf, tetapi meskipun saya menanti sehingga kira-kira seminggu, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memohon maaf... jadi saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.

“Peguam saya sedang menguruskan perkara ini, dia sedang meneliti segala kandungan kenyataan mereka,” kata beliau lagi.

Kata Zakaria, sekurang-kurangnya jika mereka meminta maaf beliau bersedia untuk memaafkan lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan sekarang.

“Saya seorang ahli PAS dan seorang yang beragama Islam saya sanggup untuk memaafkan mereka... Islam mengatakan kita harus memaafkan orang lain jika mereka memohon maaf, tetapi malangnya walaupun mereka telah memfitnah saya tetapi enggan memohon maaf,” kata beliau lagi.

Zakaria tidak menolak untuk memaafkan mereka jika tampil memohon maaf secara terbuka sebelum 1 Syawal.

Sebelum ini, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan, ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana memberi bimbingan kepadanya.-MI

Dakwah Umno VS Dakwah PAS...






Gambar diatas menunjukkan seorang Hamba Allah berbangsa cina yang diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Ia bertempat di Masjid Kubang Gajah, Arau Perlis dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Shahidan Kassim.

Datuk Seri Shahidan yang memang terkenal dengan kerja-kerja kemasyarakatan beliau di banyak tempat dalam negara terutamanya di negeri Perlis sendiri sejak dari beliau memegang jawatan Menteri Besar lagi.

Dan kini beliau amat aktif membantu masyarakat Islam dan bukan Islam yang didalam kesusahan tak kira sama ada didalam negeri ataupun luar. Mungkin kerja-kerja dakwah beliau sebagai seorang Islam selama inilah yang telah membuka hati banyak pihak tentang keindahan islam itu sendiri.

Bagaimana pula dengan PAS?

Pas selama berpuluh tahun berkokok tentang memperjuangkan Islam dan berkata berjuang menyebarkan dakwah Islam. Itulah yang selalu dijaja oleh ustaz-ustaz dan pemimpin PAS didalam setiap ceramah mereka untuk meraih sokongan umat islam disamping memenuhkan kantung-kantung derma.

Tetapi persoalannya sekarang ialah, dimanakah hasil dari perjuangan Islam PAS didalam negara Malaysia ini? Dan mana hasil dari usaha dakwah yang dilakukan PAS untuk menambah bilangan umat Rasulullah SAW di Tanah Melayu ini?

Yang jelas lagi terang cumalah usaha pemimpin-pemimpin PAS memecahbelahkan lagi umat Islam dan menggalakkan permusuhan didalam masyarakat demi kepuasan nafsu politik mereka sahaja.

Jika di Perlis.., kafir masuk ke masjid untuk diIslamkan, apakah PAS hanya berpuas hati dengan membawa kafir seperti DAP masuk ke dalam masjid di Selangor dan P.Pinang untuk berpolitik dan juga bertazkirah kepada orang islam sendiri?

Sekarang ini, seluruh kepimpinan PAS yang mengaku lebih Islam dari orang lain patut malu kepada Datuk Seri Shahidan Kassim !!!

P/S: Terima kasih kepada Mohmad Noor Paksu kerana sumbangan gambar diatas.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online