Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam usaha memperjuangkan Islam.
"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kota Bharu, hari ini.
Baca selanjutnya DISINI...
Pengikut PAS kata Nik Aziz ni adalah pemimpin yang berjiwa rakyat. Orang tua ni juga dikatakan adalah Menteri Besar yang paling prihatin kepada rakyat di Kelantan.
Jadi saya nak persoallah sikit disini, kenapa nak derma wang simpanannya kepada parti PAS? Kenapa tak derma atau bahagikan saja pada fakir miskin di Kelantan?
Sebagai seorang pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat, seharusnya rakyatlah diutamakan dulu.., bukannya parti politik.
Dan sebagai seorang Menteri besar yang di gembar-gemburkan sebagai prihatin dengan masalah rakyat, patutnya Nik Aziz dermakan saja duit tersebut pada ibu-ibu tunggal dan juga orang kurang upaya di Kelantan. Barulah betul punya prihatin kalau macam tu.
Memanglah duit tu hak peribadi dia nak bagi pada sesiapa pun, tapi kalau dah sampai buat sidang akhbar hanya kerana nak bagitahu dia dermakan duit, itu dah jadi bukan peribadi lagi. Itu dah bongkak namanya.
Mungkin orang tua ni tak sangka dia akan dilepaskan dari tuduhan rasuah. Sebab tu lah dia terkejut sampai keluarkan duit simpanan bagi kat orang.
Tapi betulkah dia tak rasuah? Ntah-ntah pegawai-pegawai yang siasat dia tu dah dihulurkan "tiket ke syurga" sorang sekeping. Mungkin pasal tu lah orang tua ni boleh lepas...
p/s: Berapa agaknya nilai duit simpanan yang Nik Aziz derma tu ye? Teringin juga nak tahu....
Memang patut pun wang itu di KEMBALIKAN kepada parti sebab selama ini beliau dah banyak makan duit parti terutama bila buat roadshow dan ceramah umum kutipan dalam uncang itu bukan untuk dia. Alhamdullilah allah telah buka pintu hati dia untuk pulang balik duit rakyat. PAS pula bila nak pulang duit TABUNG MEMALI dan KOHILAL?.
BalasPadam@Melayu Pasir Gudang Bro, kalau duit rakyat, kena bagi balik kepada rakyat laa...bagi kat parti tu buat apa..
BalasPadammemang kalau ikutkan, n.ajis rasa kes dia lekat. aku pulak awal2 lg rasa x lekat. tau kenapa? sebab peg. sprm yg buat siasatan tu org xxxxxxxx. nak lebih telus patutnya peg. dari negeri lain. aku agak je, sbb ada org xxxxxxxx ckp cam tu. wallahua'lam.
BalasPadamBERSUKARIALAH KAU NIK AJIS !!!!!!
BalasPadamALLAH MAHA MENGETAHUI !!!!!!
HUKUM DIDUNIA TAK SAMA DENGAN HUKUM DIAKHIRAT
Bagus betul Nik Aziz ni. Arahan pemerintahan negeri dari rumah sahaja. Beres. Itulah tadbiran di bawah pimpinan ulamak. Pemimpin-pemimpin lain turun padang, lihat susah-payah rakyat, yang susah dibantu. Rumah orang asli di Gua Musang hampir tumbang akibat balaknya dikebas-licin, BN buat elok-elok untuk mereka. Bila sampai musim PR, Nik Aziz bagi duit. Orang pas kata, halal. Kalau BN beri bantuan buat rumah dikatanya penipu. Itulah sifir juak-juak pas ini. Sampai bila agaknhya, Melayu bergasak sesama Melayu. Siapa untung ?.
BalasPadam