Kalau tengok muka, boleh tahan jugak ganas anak si Tantawi ni. Pernah juga terdengar masa di PRK Permatang Pasir dulu pengikut PAS kata muka Nasrudin ni macam muka "The Rock".
Tapi bila saya belek-belek dari dekat, tak adalah macam The Rock ahli gusti dan pelakon popular tu, kalau macam "bee rook" tu adalahh..perangai Nasrudin ni masa di PRK Permatang Pasir dulu. Pompuan mana tah diusungnya kata kononnya bini kedua calon BN yang bertanding.
Tapi itu cerita dulu, sekarang ni mungkin si Nasrudin ni sudah bertobat. Dia tak mau jadi samseng dan "bee rook" dah.
Sekarang ni dalam hati dia sudah ada taman. Dan dalam taman pulak ada banyak bunga raya. Sebab tu lah ketika orang semua bagus punya ceramah hentam UMNO dan BN di Konvensyen Pakatan di Kepala Batas hari tu, Ketua Pemuda PAS ni pi hentam baca sajak.
Haru sungguh! Nasib baik dia tak tibai baca syairr. Kalau tak, mesti Anwar terus ambik dia jadi Coffee Boy yang baru. Wan Azizah pun tersenyum simpul saja masa si Nasrudin ni baca sajak. Ntah lawak ataupun tak Kak Wan saja yang tahu.
Cuba korang bayangkan si Nasrudin ni bersajak. Lebih kurang macam nilah..., suara macam Pyan Habib tapi gaya dia macam Harith Iskandar. Boleh bayang tak?
Tapi ada lah terdengar cakap-cakap ramai orang masa hari tu, kalau Pakatan memerintah negara nanti, confirm Nasrudin Hasan Tantawi ni akan dinobatkan sebagai Sasterawan Negara sebab dia pandai baca sajak.
Habislah lepas ni Pak Samad janggut tak boleh cari makan kalau Pakatan menang PRU. Korang hayatilah sajak dibawah ni sambil bayangkan si Tantawi mendeklamasikannya yee...
Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat
Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat
Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat
Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat
Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat
Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat
Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.
MPP
BalasPadamSyabas...
Ganas lagi.
Dedahkan . londehkan yang selekeh !
@blogenstarz Bro...tak boleh ganas2..nanti Nazri Aziz marah...hahahaha..
BalasPadamDah dijubohkan dek al-juburi sok baru le tau nasib si TanTinTun..eh Tantawi ni....
BalasPadam...Nicky Arjiss.....