BREAKING NEWS

Kelantan nak buat kilang sampah baru..., sampah lama bila nak buang?


Exco Kelantan yang fofuler dengan skandal balak, Takiyuddin Hassan hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kelantan akan membina satu kilang pelupusan sampah yang baru bernilai RM20 juta.

Kilang tersebut akan dibina dengan usahasama sebuah syarikat dari cina dan akan dibangunkan di kawasan Bachok Kelantan.

Takiyuddin berkata, "Keistimewaan kilang ini ialah ia boleh memproses sisa buangan sampah jenis organik untuk dijadikan baja tanaman yang akan memberi pulangan pendapatan kepada kerajaan".

Haaa..., baguslah kalau Kelantan sekarang ni lebih utamakan kebersihan. Ramai pelancong dalam dan luar negeri yang dah merungut bahawa Kelantan ni kotor dan langsung tak mencerminkan sebagai negeri "serambi mekah".

Dan Takiyuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, patutnya jangan lupakan pasal masalah air yang semakin teruk di Kelantan tu. Dah 20 tahun lebih PAS memerintah, takkan kemudahan asas seperti air bersih pun masih tak mampu nak selesaikan?

Pemimpin-pemimpin PAS Kelantan jangan asyik ingat nak songlap balak dan merompak di ladang rakyat saja. Ingat sama kewajiban kepada rakyat di bawah. Dah 20 tahun lebih PAS Kelantan songlap hasil kekayaan negeri, takkan tak boleh nak kongsi sikit dengan rakyat?

Sebut pasal buat kilang sampah yang baru ni, sampah yang lama tu bila nak lupuskan? Rasanya dah bersawang sampah tu duduk di kerusi Menteri Besar Kelantan. Baunya pun..., masyaAllah !!! Sekali dia bukak mulut, baunya mengalahkan longkang tersumbat!

Patutnya "sampah tegar" tu yang perlu diutamakan oleh Takiyuddin untuk dilupuskan. Bukan saja baunya yang tak menyenangkan, kelibatnya pun merosakkan alam sekitar saja. Bukan setakat merosakkan imej Kelantan, "sampah hanyut" tu juga merosakkan imej Islam didalam negara.

Jadi kalau boleh, lupuskan lah ye sebelum sampah tu membawa "penyakit bala" pulak kepada masyarakat Islam di Malaysia ni khususnya di Kelantan.

5 ulasan :

  1. aduss!! bisa tul ayat tu. menyampah tengok sampah...

    BalasPadam
  2. N.ajis dah lama jadi sampah...bila nak dibakul-sampahkan?



    -Nicky Arjiss_

    BalasPadam
  3. UISHHH TAU PLAK SI TOTOK PAS NI NK BIKIN TMPT PELUPUSAN SAMPAH HARGA BEJUTA2!. TPBILA KERAJAAN PUSAT NAK BIKIN BENDA YG SAMA KAT SELANGOR, MALAH LEBIH BAIK LAGI, DIORANG X BISING2 MEMAKAK MCM AYAM BERAK KAPOR. APE KEHE?..KLU DAH PUAK SAMPAH TU TETAP SAMPAH JUGAK LERRR KEHKEHKEH >|D

    BalasPadam
  4. @Jeffry Betul tu bro...memang sampah puak2 totok hijau ni...hahahaha...

    BalasPadam
  5. Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

    - Daniel

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online