BREAKING NEWS

Najib patut buang Pak Menteri sorang ni kalau nak menang PRU !!


Nampaknya Pak-pak menteri kita ni berasakan bahawa rakyat Malaysia bodoh dan masih duduk dibawah tempurung. Mungkin mereka ingat bahawa rakyat Malaysia hanya dengar dan percaya bulat-bulat apa yang mereka cakap di TV dan media cetak sahaja.

Sebab itulah Pak-pak menteri ni semua suka-suka hati sahaja perbodohkan rakyat dan berjanji mengalahkan pasangan yang angau bercinta.

Saya lihat, setiap kali harga barang atau keperluan asas dinaikkan, setiap kali itulah juga Pak-pak menteri kita ni akan keluarkan ayat "hancing" kononnya nak kawal dan pantau para peniaga yang menaikkan harga jualan mereka.

Tapi, setelah beberapa lama dok jaja ayat yang sama, hasilnya langsung tak ada. Dalam bahasa kasarnya.., hasil macam hampeh!

Rakyat Malaysia boleh melihat sendiri cakap tak serupa bikin Pak-pak menteri ni. Pemantauan yang kononnya akan dilakukan oleh pihak mereka langsung tak efisyen, malah boleh saya katakan, langsung tak ada.

Yang ada cumalah lakonan pak-pak menteri ni didalam berita atau media cetak turun melawat pasar-pasar basah sambil tersenyum kambeng kononnya memantau harga barangan keperluan. Macam gampang!

Rakyat bukannya bodoh. Setakat keluarkan kenyataan dan melalak kononnya nak pantau harga barang, lepas tu ambil tindakan yang hangat-hangat taik ayam sekadar nak memenuhkan KPI.., baik tak payahlah wahai pak menteri. Jangan ingat rakyat semua terpedaya dengan lakonan wayang gampang anda semua tu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati kerana perbuatan mereka itu kini sedang dipantau dan direkodkan.

Dia berkata, biarpun buat masa ini tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap peniaga 'cekik darah', tetapi semua rekod tersebut akan dijadikan rujukan apabila Akta Anti Pencatutan 2010 mula berkuatkuasa April tahun depan.

Kalau inilah kualiti pak menteri di barisan kabinet yang masih ada didalam pentadbiran Najib, saya yakin bahawa rakyat akan semakin menolak UMNO dan Barisan Nasional dimasa akan datang.

Jangan bercakap pasal ketuanan melayu atau apa sekalipun kalau ketuanan rakyat masih lagi tak diutamakan. Rakyat memilih anda semua untuk berkhidmat serta memakmurkan negara dengan baik, bukannya rakyat melantik anda sebagai pemimpin yang hanya tahu berjanji kosong sambil membuat kekayaan untuk diri serta kroni!


p/s: Macam manalah orang macam ni boleh jadi menteri...

4 ulasan :

  1. kalau nak kira, ramai lagi menteri yang boleh dibuang macam nazri aziz. termasuk ler sekali seseorang yang bakal menjadi menteri tuhhhh.

    BalasPadam
  2. @Yb raz Batul bro..bakal menteri yang bila taip beruk di Google pastu keluar nama dia tu kann...hahaha..

    BalasPadam
  3. Jangan lantik beruk Google tu. Nanti perangai gampang macam Nazri si Babi.

    Live in a zoo Namewee.

    BalasPadam
  4. Rais Yatim,Nazri Aziz,Hishamuddin,Zaid Hamidi,Saberi Chik ,Khairi dan Shahrizat,semua nama-nama tersebut adalah menteri yang tak berkaliber,rasuah,kaki ampu dan tak competent harus dibuang jika UMNO nak menang PRU 13 nanti.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online