BREAKING NEWS

Dah tiba masa yang sesuai untuk PKR ditalkinkan...


Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) menjalankan satu bancian pada November lalu disekitar ibu negara. Mereka yang terlibat dalam bancian itu termasuklah pengundi di kerusi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Hasil dari bancian tersebut menunjukkan bahawa PKR kini sememangnya lemah terutamanya selepas beberapa kemelut yang berlaku didalam pemilihan parti tersebut baru-baru ini.



Yang pasti, pengaruh Anwar kini makin merudum dan juga kepercayaan rakyat terhadapnya semakin hilang sedikit demi sedikit.

Apa boleh buat, walaupun Anwar merupakan anugerah tuhan seperti kata Kak Wan didalam ucapannya baru-baru ini, ia terbukti bukan semua rakyat mampu "menikmati" anugerah tersebut. Itu anugerah.., hanya Azmin yang punya.



Selepas ini, eloklah rasanya Ostad Badrul Amin yang baru tambah "cabang" bacakan talkin buat parti anutannya ini. Jangan hanya asyik ingat doa mandi junub saja Ostad..nanti siapa nak bacakan talkin buat PKR?

p/s: Siakap senohong masak gulai tawar..., bercakap bohong lama-lama jadi macam Nuar..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online